WALAUPUN bergelar doktor perubatan, Dr Muhammad Faiz Na’aman, 32, melihat cabang perniagaan adalah satu peluang besar untuk masa depannya.
Tidak menyesal dengan keputusan untuk meninggalkan profesion sebagai doktor, Muhammad Faiz mencipta pasar raya atas talian, Bazarena sebagai platform usahawan memasarkan produk di satu lokasi.
Baru sahaja melancarkan pusat sehenti itu sebulan lalu, dia kini sedang giat mempromosikan kepada peniaga dan pembeli menggunakan perkhidmatan tersebut.
Bergelar Pengarah Urusan Syarikat Bazarena Enterprise bersama adiknya, Faiq, telah menubuhkan laman sosial bagi memulakan perniagaan e-dagang menerusi laman sesawang www.bazarena.com.my.
Menawarkan pendaftaran secara percuma kepada penjual dan pembeli yang berminat untuk melakukan aktiviti jual beli di platform tersebut.
"Perniagaan berasaskan e-dagang dapat meningkatkan produktiviti dan saya berharap penubuhan Bazarena ini mampu membantu usahawan Bumiputera.
"Matlamat kami menarik seramai mungkin usahawan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menjual produk mereka," katanya.
Tidak banyak anak tempatan menubuhkan syarikat perkhidmatan seumpama itu, Muhammad Faiz optimis bahawa sasaran 1,000 usahawan berdaftar dengan syarikatnya tercapai.
Mengambil masa tiga bulan mengkaji sistem tersebut, beliau percaya, Bazarena mampu menjadi satu pusat sehenti dan membantu PKS menjual produk mereka.
"Kewujudan Bazarena diinspirasikan daripada satu tempat perniagaan masyarakat Melayu di Stadium Shah Alam dikenali dengan nama Bazarena.
"Jika lihat kebanyakan e-dagang menggunakan nama jenama mereka pendek supaya mudah diingati para pelanggan," katanya.
Kos rendah, yuran percuma
Kebanyakan syarikat e-dagang mengenakan yuran pendaftaran agak tinggi, Muhammad Faiz pula sebaliknya, kerana mahu menggalakkan penyertaan daripada golongan PKS.
"Saya percaya dengan penubuhan Bazarena mampu membantu golongan ini memasarkan produk mereka.
"Bukan sahaja yuran permulaan secara percuma, saya tidak mengenakan caj perkhidmatan tinggi kepada mereka," katanya.
Peluang keemasan itu harus direbut oleh setiap peniaga kecil kerana Bazarena mengenakan kos rendah berbanding syarikat e-dagang lain.
Salah satu visi Bazarena, Muhammad Faiz berkata, ia merupakan persediaan kepada Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPP) supaya masyarakat Bumiputera mampu bersaing di peringkat global.
"Buat masa sekarang, tidak ramai minda peniaga Bumiputera terbuka dengan konsep perniagaan ini.
"Prihatin dengan masalah ini, saya mengambil inisiatif bagi membantu mereka agar keluar daripada kepompong lama," katanya.
Dengan adanya Bazarena, dia berharap dapat meningkatkan lagi kelangsungan ekonomi Bumiputera.
Tidak hanya tertumpu kepada Bumiputera sahaja, Muhammad Faiz turut mengalu-alukan kaum lain untuk menyertai syarikat itu, sama ada penjual atau pembeli.
"Bazarena bukan sahaja boleh diakses menerusi laman sesawang, bahkan kami boleh didapati di Android, laman sosial dan YouTube.
"Malah kami merupakan satu-satunya syarikat menjual produk digital, e-book kepada pengguna," katanya.
Selain barangan fizikal, penjual juga boleh menjual barangan digital dalam pelbagai format seperti RAR, ZIP atau PDF di laman Bazarena.
Jaminan keselamatan
Biarpun baru sebulan melancarkan Bazarena, Muhammad Faiz menerima maklum balas positif daripada pelayar internet dan meningkat saban hari.
Setakat ini, terdapat 18 kategori produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan kepada pengguna.
"Kami sangat menekankan aspek kualiti dan keselamatan pengguna serta penjual.
"Jika penjual tidak menghantar barangan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan peniaga tersebut akan dikenakan tindakan," katanya.
Mengenakan konsep pihak ketiga, dia percaya mampu menggelakkan kes penipuan kerana pihaknya mempunyai bukti belian dan transaksi wang.
Namun begitu, jika pembeli berurusan secara langsung dengan penjual tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga, Bazarena tidak bertanggungjawab apabila kes penipuan berlaku di luar sistemnya.
"Sekiranya sebarang transaksi melalui sistem kami, kes penipuan atas talian dapat diminimumkan kerana Bazarena mempunyai sistem rekod serta SOP yang terperinci.
"Walaupun kami mempunyai beberapa kelonggaran seperti penjual boleh memaparkan laman sosial mereka di profil mereka supaya pembeli dapat berhubung terus dengan penjual," katanya.
Kaedah tersebut hanya dipraktikkan di Bazarena sahaja bagi mengaktifkan komunikasi dua hala.
Tidak hanya bertumpu kepada produk sedia ada, dia berharap dapat mewujudkan pasar segar kepada pengguna.
"Saya kini sedang giat berusaha menjalinkan beberapa kerjasama bagi merealisasikan perkara tersebut dengan pelbagai agensi kerajaan.
"Mereka yang berminat untuk menyertai Bazarena sebagai penjual atau pembeli harus berdaftar terlebih dahulu di laman sesawang kami tanpa caj tinggi," katanya.

0 Komentar untuk " Bazarena: Bantu PKS dalam sektor e-dagang "