KALENDAR politik negara bagi tahun 2015 dibuka dengan detik suram selepas kehilangan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, yang kembali ke rahmatullah pada 12 Februari akibat kanser prostat.
Mursyidul Am PAS ini adalah Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013 dan juga seorang ahli politik paling kontroversi. Kekosongan itu membawa kepada pilihan raya kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kota Bharu, Kelantan, pada 22 Mac 2015 yang menyaksikan calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood menang besar selepas memperoleh 10,899 undi dengan majoriti 10,092 undi.
Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di kubu kuat PAS itu dan empat calon bebas hilang wang pertaruhan apabila Sharif Mahmood hanya meraih 807 undi, Fadzillah Hussin (89), Izat Bukhary Ismail Bukhary (51) dan Aslah Mamat (27). Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 2013, Nik Aziz menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Pada bulan berikutnya, seorang lagi tokoh politik, Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) juga kembali ke rahmatullah selepas terbabit dalam nahas helikopter pada 4 April di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor. Nahas helikopter itu turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang
Kekosongan Parlimen Rompin diisi dengan PRK kedua pada 5 Mei 2015 yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad. Hasan yang memangku jawatan Ketua Bahagian UMNO Rompin mendapat 23,796 undi, manakala pencabarnya, Nazri mendapat 14,901 undi. Dua hari selepas itu, satu lagi PRK diadakan di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, selepas penyandang jawatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan atas sabitan kali kedua bersabit kes liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Sekali lagi Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Permatang Pauh pada 7 Mei 2015. Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Selangor memenangi kerusi Parlimen itu buat kali keempat.
Anwar kembali berpolitik
Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan suaminya, Anwar selepas kali pertama dilantik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada Mac 2008, tetapi meletak jawatan pada Ogos tahun sama untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke arena politik sebaik saja dibebaskan daripada hukuman penjara kerana kesalahan liwat pada tahun 1998.
Selepas pemergian Nik Aziz, PAS dilanda badai besar ketika pemilihan pucuk kepemimpinan tertinggi parti pada Muktamar PAS yang diadakan di Kuala Selangor, Selangor pada 4 Jun 2015. Pemilihan kali ini menyaksikan pertembungan team proulama diketuai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan team pro-Anwarinas yang dilihat sebagai proksi DAP terutama calon Presiden, Ahmad Awang dan Mohamad Sabu (Mat Sabu) bagi kerusi Timbalan Presiden. Abdul Hadi Awang dan calon Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang besar sekali gus menyaksikan penguasaan mutlak barisan kepemimpinan ulama apabila tiga slot Naib Presiden diisi muka baharu membabitkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Mereka menewaskan dua penyandang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, manakala Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar turut tersingkir. Mereka yang tersingkir itu kemudian dengan bangganya menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 (G18) dan melancarkan Harapan Baru kononnya untuk menggabungkan semua parti pembangkang di seluruh negara. Kumpulan inilah yang menjadi perintis kepada penubuhan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) diketuai Mat Sabu dan susulan daripada gerakan serpihan ini juga serta perang dingin dengan DAP, menyaksikan PAS terus dipinggirkan dan Pakatan Rakyat berkubur. Gabungan PKR, DAP dan PAS akhirnya menyaksikan penubuhan gabungan baru yang bergerak atas nama Pakatan Harapan.
Di pihak BN pula, menyaksikan sedikit perubahan dalam pentadbiran kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan Kabinet termasuk menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Julai 2015. Rombakan itu menyaksikan beberapa menteri digugurkan iaitu Datuk Seri Hasan Malek (bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah); Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri G Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar). Seramai 13 muka baharu masing-masing empat dilantik sebagai menteri dan sembilan sebagai timbalan menteri.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin. Kehangatan politik negara terus dibakar dengan sentimen antikestabilan dan antikerajaan yang berterusan melalui demonstrasi jalanan Himpunan Bersih 4 pada 29 hingga 31 Ogos lalu. Kumpulan baju kuning yang bergabung atas nama badan bukan kerajaan (NGO) serta disokong parti pembangkang memenuhi kawasan tumpuan ramai di ibu negara terutama di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman serta kawasan sekitar Dataran Merdeka. Selama ini, demonstrasi kumpulan baju kuning tidak pernah berbalas, mereka hanya bertempur dengan pihak berkuasa apabila melanggar arahan bersurai.
Namun, kali ini, buat pertama kalinya berlaku demonstrasi baju merah yang membantah himpunan bersih yang sudah diadakan selama empat tahun. Tujuan Himpunan Rakyat Bersatu (baju merah) di Padang Merbok ini ialah bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan BN, selain memberi amaran kepada penyokong Bersih 4 supaya jangan cuba mengganggu gugat orang Melayu. Perhimpunan aman itu diadakan khas bagi 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.
Mohamad Khir dipenjara
Enam hari selepas itu, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mula menjalani hukuman penjara 12 bulan di Penjara Kajang selepas panel rayuan mengekalkan sabitan bersalah dengan menolak rayuan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 dan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013. Bekas ADUN Sungai Panjang, Selangor itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 50, suatu barangan berharga, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni. Mengakhiri warna warni politik pada penghujung tahun menyaksikan beberapa episod menarik penuh drama berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Susulan daripada rombakan Kabinet pada Julai lalu mengakibatkan perang dingin antara Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin serta Naib Presiden, Shafie Apdal dengan presiden serta barisan Majlis Tertinggi (MT). MT memutuskan perhimpunan sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing manakala penggulungan pada hari terakhir hanya membabitkan presiden saja. Secara tradisinya, timbalan presiden akan merasmikan serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap parti manakala pada hari terakhir, semua ketua sayap, tiga naib presiden, timbalan serta presiden akan menyampaikan ucapan, tetapi kali ini semuanya diubah berdasarkan keperluan semasa.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106089

0 Komentar untuk " Pergolakan PAS, perpecahan pakatan, isu dalaman UMNO tarik perhatian "