DALAM al-Quran terdapat suatu surah yang langsung terhubung dengan nasihat dan wasiat yang bersifat mendidik.
Surah Luqman ayat 13-15 memberikan inti pati nasihat yang amat penting bagi seorang anak supaya jangan menyekutukan ALLAH, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan jika kedua-duanya memaksa menyekutukan ALLAH janganlah diikuti.
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, Hai anakku janganlah kamu menyekutukan (ALLAH) sesungguhnya menyekutukan (ALLAH) adalah suatu kezaliman yang besar (31:13). Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu (31:14).
Dan jika keduanya memaksamu menyekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan gaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku-lah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan (31:15).
Wasiat dan nasihat Luqman kepada anaknya itu amat penting bagi kita juga kerana fokusnya ialah pentingnya aqidah tauhid menjadi sandaran hidup dan berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam konteks aqidah tauhid meski ibu bapa menyuruh penyekutuan ALLAH jangan sesekali diikuti. Ia menunjukkan dalam isu aqidah tauhid ia tidak ada kompromi.
Menyekutukan ALLAH adalah suatu kezaliman yang amat besar.
Dalam tafsir Ibn Kathir, dinamai Surah Luqman kerana pada ayat 12 disebutkan bahawa Luqman telah diberi hikmah oleh ALLAH, yang berupa kefahaman dalam agama, akal yang lurus serta ketepatan dalam berucap.
Luqman bukan Nabi tetapi seorang lelaki Habsyi, tukang kayu dan seorang hamba ALLAH yang soleh dan taat beribadah.
Dalam Surah Luqman lagi ayat 16-19, Luqman berkata “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) sebesar biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya ALLAH akan mendatangkannya (membalasinya).
Sesungguhnya ALLAH Maha Halus lagi Maha Mengetahui (16). Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh ALLAH) (17). Dan jangan kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (18) Dan sederhana kamu dalam berjalan dan lunakkan suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu ialah suara keldai (19).
Pesan ALLAH dalam Surah Luqman bukan terbatas nasihat Lukman kepada anaknya tetapi juga nasihat untuk manusia. Luqman menasihatkan anaknya supaya telus dalam melakukan sesuatu. Manusia tidak boleh berselindung kerana ALLAH Maha Mengetahui segalanya.
Luqman juga menasihatkan anaknya melakukan solat kerana mencegah manusia daripada melakukan fahsya dan mungkar.
Tanggungjawab dakwah iaitu melakukan yang makruf dan mencegah diri dari kemungkaran dan sentiasa sabar menghadapi ujian perjuangan menjadi inti utama Luqman kerana tanpa dakwah mengajak dan penyeruan tidak akan terjadi, asbab tidak berlaku dan hidayah ALLAH tidak akan dilimpahkan kepada manusia.
Pesan Luqman lagi kepada anaknya dan juga kepada kita manusia ialah jangan bersikap sombong dan angkuh kerana ALLAH sangat membenci sikap sombong dan membangga diri.
Sikap ini akan menghilangkan sifat kehambaan yang meletakkan manusia sebagai orang yang akur, tunduk, patuh dan taat kepada ALLAH dan tanggungjawab kemanusiaan.
Ia menjadi asas penting menghubungkan diri kita dengan orang lain kerana sikap ubudiyah (kepatuhan) kepada ALLAH menyebabkan rasa kerdil dan kurang sentiasa kita miliki dan meyakini ALLAH Maha Besar terus menjadi pedoman.
Karamah insan atau kemuliaan diri kita di sisi ALLAH terletak kepada takwa yang tinggi terhadap-Nya.
Dalam melakukan muamalah dan komunikasi Luqman menasihatkan anaknya supaya melunakkan suara yang sifatnya merendah diri. Meninggi suara itu diumpamakan suara keldai yang dianggap sebagai seburuk-buruk suara.
Sebab itu dalam melakukan dakwah, pendekatan bil hikmah yang antara lain terhubung dengan melunakkan suara dengan hujah yang baik, fakta yang meyakinkan, elakkan pertengkaran dan tunjukkan pekerti baik yang memikat.
Pesan Luqman itu amat bernilai kepada kita kerana ia memberikan asas penting untuk menjadi seorang mukmin dan dai’ yang berperanan.
* Prof Datuk Dr Sidek Baba Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Al-Quran dan tradisi nasihat "