TAKWA dihuraikan oleh Saidina Ali sebagai mempunyai empat ciri. Kalau seseorang itu mempunyai keempat-empat ciri berkenaan, maka manusia itu akan tergolong dalam kalangan orang bertakwa. Ciri pertama yang dinyatakan Saidina Ali ialah orang itu tidak takut selain kepada Allah SWT. Seseorang itu sentiasa takut kepada Allah SWT dan meletakkan Allah SWT untuk segala-galanya. Bagaimanapun, manusia hari ini kebanyakannya meletakkan manusia lebih tinggi daripada Allah SWT seperti rezeki yang diperoleh adalah diberikan oleh orang lain.
Sebenarnya, Allah SWT yang menentukan segala-galanya kerana Allah SWT ialah Tuhan yang menjadikan manusia. Ustaz Abdullah Khairi Haroon dalam ceramahnya ketika mengikuti Pelayaran Islamik 11. 0 anjuran IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd berkata, seorang wali Allah SWT, Said Ibnu Zubair, yang hidupnya hanya berzikir kepada Allah SWT adalah antara contoh individu terbaik yang meletakkan Allah SWT di atas segala-galanya.
Hajjaj pemerintah zalim
Said hidup pada zaman pemerintahan Gabenor Kufah, Hajjaj Yusuf al-Thaqafi, seorang pemerintah yang terkenal dengan kezalimannya dengan sesiapa yang melawan Hajjaj akan dibunuh. Pada satu hari, Hajjaj bertanyakan kepada pengawalnya mengenai siapa dalam kalangan rakyatnya yang tidak takut kepadanya sebelum pengawal memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah Said.
Hajjaj kemudian mengarahkan pengawal untuk membawa Said datang untuk menemuinya. Sebaik sahaja didatangi pengawal berkenaan dan dimaklumkan mengenai permintaan Hajjaj itu, Said kemudian memasuki rumahnya, mengambil wuduk, menukarkan baju kepada jubah berwarna putih dan menunaikan solat dua rakaat. Sebaik selesai menunaikan solat, beliau pun keluar menemui pengawal itu sebelum pengawal berkenaan bertanyakan mengapa beliau mengambil wuduk, memakai baju putih dan menunaikan solat.
Said berkata: "Hari ini, wudukku adalah wuduk yang terakhir, jubahku yang putih adalah tanda kain kafan. Hari ini, aku akan bertemu dengan kekasihku, Allah." Said kemudian dibawa ke istana Hajjaj dan apabila dibuka pintu, Hajjaj duduk dalam keadaan sombong dan bertanya siapakah diri beliau walaupun sebenarnya mengenali Said. Apabila Said menjawab bahawa dia adalah Said iaitu bermakna orang bahagia, anak kepada orang baik-baik,
Hajjaj mengatakan kepadanya bahawa beliau sebenarnya ialah Saqi ibnu Qusir yang bermakna orang celaka, anak kepada orang pemalas. Hajjaj menghina seorang wali Allah SWT, bukan ulama biasa. Said yang berusia 76 tahun kemudian menjawab: "Ibu aku yang melahirkan aku, ibu aku tahu siapa aku."
Said tak takut selain Allah SWT
Said yang meletakkan Allah SWT di atas segala-galanya dan tidak takut kepada sesiapa menyebabkan Hajjaj berkata: "Ibu kamu celaka sama dengan kamu." Said kemudian menjawab lagi: "Jika kamu mengatakan ibu aku celaka, kamu juga dilahirkan oleh seorang ibu, ibu kamu juga celaka seperti ibu aku." Itulah kehebatan wali Allah SWT yang meletakkan Allah SWT di atas segala-galanya.
Hajjaj yang berang dan mengatakan mulut Said sebagai celupar kemudian memerintahkan pengawal menyediakan 'api neraka' yang menyala-nyala untuk membakar Said. Said berkata: "Jika kamu boleh menyediakan aku api neraka, kamu belum tentu boleh terlepas api neraka yang Allah SWT sediakan untuk kamu."
Bila dijawab, Hajjaj terus sakit hati dan mengarahkan pengawal memegang muka dan memusingkan kepala Said yang bercakap tanpa melihat dirinya tetapi menghadapkan muka ke arah kiblat. Apabila pengawal memusing kepala Said supaya menghadap Hajjaj, wali Allah ini membacakan surah al-Baqarah, ayat 115: "Maka kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadapkan, di situlah wajah Allah." Hajjaj semakin sakit hati dan mengarahkan pengawal mendapatkan wang yang banyak dan meletakkannya di hadapan Said tetapi tidak diindahkan Said.
Begitu juga cubaan Hajjaj dengan mengarahkan wanita cantik menari di depan Said. Said kemudian mengatakan kepada wanita itu: "Kamu sudah digunakan Hajjaj bukan pada tempatnya, kamu akan dakwa Hajjaj di akhirat." Nasihat Said menyebabkan wanita itu menangis dan terus bertaubat kepada Allah SWT. Ia memarakkan lagi api kemarahan Hajjaj yang kemudian mengarahkan pengawal melambungkan Said sehingga jatuh luka. Said bagaimanapun berkata: "Daripada tanah ini aku dijadikan, kepada tanah ini aku kembali.
Daripada tanah inilah aku dihidupkan semula." Apabila dibaca ayat itu, Hajjaj semakin gagal mengawal perasaan menyebabkan dirinya melompat ke atas tubuh Said, menekankan kepala Said ke tanah sebelum mengeluarkan pedangnya yang tajam lalu menyembelih kepala Said. Kepala Said yang putus kemudian berkata: "Hajjaj kau telah membunuh aku, kau tak akan dapat membunuh sesiapa lagi selepas aku.
Hari ini aku akan bertemu kekasih aku, Lailahaillah." Dr Aaidh Abdullah al-Qarni dalam kitabnya, Sakaratul Maut mengatakan darah Said keluar daripada tengkuknya dengan darah yang jatuh ke atas pasir menuliskan kalimah Lailahaillah.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105478

0 Komentar untuk " Mukmin bertakwa tidak akan menyekutukan Tuhan "