SAYA tidak nampak Presiden Umno kelihatan sangat terdesak apabila menawarkan kerjasama kepada Pas bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), seperti yang didakwa oleh ultra kiasu Pas (Amanah). Inilah sikap negarawan yang sebenar. Menghulurkan tali, bukan memutuskan. Jika terus memutuskan akan hancurlah negara tercinta ini.
Sepatutnya perkara ini sudah lama berlaku kepada sesiapa yang memahami realiti politik di Malaysia dengan populasi Islam dan bukan Islam 50-50. Kecualilah jika mahukan ultra kiasu memerintah.
Apakah kita sudah buta melihat kepada Pakatan Harapan (Rakyat) hari ini? Siapa yang menentukan segala keputusan? Saban hari tidak habis-habis mereka menyerang Pas. Mereka mahu Pas sentiasa memusuhi Umno, agar psywar dan pysopnya berjaya.
Belum apa-apa lagi ultra kiasu sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), yang dimenangi Pas di Selangor sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. Tidak kenal lagi ultra kiasu?
Sebelum ini ultra kiasu Melayu DAP mengingatkan Pas supaya tidak terjerat dalam “perangkap” Umno, setelah ditipu beberapa kali sebelum ini. Ultra kiasu merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu ‘ditendang’ keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985. Apakah umat Islam perlu dimangsakan dengan terus mengingati dendam kesumat ini?
Pas tidak pernah lupa dengan semua insiden ini. Islam yang menjadi “pegangan” Pas menjadikan Pas sukar untuk lupakan. Presiden dan pimpinan Pas bukanlah bodoh untuk masuk dalam perangkap Umno.
Dalam Pas penuh dengan ulama dan cerdik pandai. Mereka sangat kenal siapa Umno. Namun, saya amat yakin Pas memutuskan untuk keluar daripada PR kerana memikirkan kepentingan umat Islam dengan memahami realiti politik sebenar.
Tidak dinafikan ada segelintir orang Umno yang masih menolak dan menentang hudud. Tetapi penolakan mereka tidaklah sejahat penolakan ultra kiasu. Ramai orang Umno yang pro-hudud, bersangka baiklah.
Ultra kiasu turut mengingatkan Pas, jika Umno ikhlas terhadap hudud kenapa tidak laksanakan di negeri yang diperintahnya? Sebenarnya “hudud” itu sudah lama berjalan, tetapi dimulakan dengan mengIslamisasi institusi-institusi Islam, seperti Ekonomi Islam, Kewangan Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. Manakala, Pas memfokuskan undang-undang Islam. Sinergi itu sudah ada antara kedua parti ini. Cuma tunggu realitinya sahaja. Sabarlah sikit.
Ultra kiasu terus menyerang Presiden Pas kerana terburu-buru mahu bekerjasama dengan Umno telah mengkhianatinya selama ini, seperti pelanduk melupakan jerat.
Jerat ultra kiasu lebih bahaya dari jerat Umno. Apakah Pas pernah dibawa berbincang apabila PR Sabah memutuskan hubungan dengan Pas? Ingatan saya kepada Pas, selagi Pas berada di landasan yang benar, apa yang perlu ditakutkan ultra kiasu.
Saya bersetuju dengan PM, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai dua pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi ultra kiasu.
Sekiranya umat Islam menolak pelawaan ini, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.
Apakah perkara ini boleh dibiarkan tatkala parti lain memperjuangkan kepentingan bangsa mereka, kita pula terus menjadi liberal? Dalam PR mereka memperjuang bangsa, dalam BN pun sama tindakannya? Kita terus melabelkan mereka memperjuangkan bangsa itu asabiyyah? Sedangkan ia hanya alat untuk mencapai matlamat iaitu Islam.
Pas mesti bersabar dan istiqamah setiap masa dan rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Pas harus tunjuk akhlak yang lebih baik, berhikmah, bijaksana sebagai role model dalam menangani karenah remeh siasah. Diam itu kadangkala lebih baik daripada bersuara seperti keldai.
Dalam menyahut sasaran tersebut, saya mencadangkan agar Umno tidak menyerang Pas bermula dari sekarang, kecuali Pas menyeleweng dari ajaran Islam. Selagi mana Pas berada di landasan, sokonglah, sama ada secara tersurat atau tersirat.
Pas bukan parti yang boleh dijual beli. Jika pemimpinnya mahukan kekayaan, sudah lama mereka terus menyertai BN. Tetapi mereka sanggup keluar, berjuang bersendirian, kemudian berpakat dan sekarang bersendiri semula. Jawapannya, kerana Pas ada prinsip.
Dalam menuju ke arah itu, saya sarankan agar Umno tidak perlu di kawasan yang didominasi Pas. Tidak perlu berhabis atau membuang duit untuk menyertai pilihan raya dan berkempen. Gunakan wang tersebut bagi tujuan lain seperti membantu mereka yang memerlukan, seperti membina rumah untuk mangsa banjir. Fokuskan untuk merampas Selangor dan Pulau Pinang.
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPA, UNISZA

0 Komentar untuk " 'Mereka mahu Pas sentiasa memusuhi Umno' "