Manfaat tahaluf siyasi demi agama, negara, bangsa - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Manfaat tahaluf siyasi demi agama, negara, bangsa

SENYUM dan senyum, malah sempat bergurau senda di atas pentas utama sambil berbicara secara keintelektualan. Bahasa badan kedua-dua pemimpin yang mewakili dua kabilah besar umat Melayu dan Islam tercerna akhirnya. Atas platform Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang kelihatan sedondon dengan pakaian berwarna merah jambu. Tidak kisahlah seorang bersongkok dan seorang lagi berserban, yang penting ada bait-bait kebersamaan dalam kehadiran perjuangan. Kehadiran dan pertemuan secara ilmiah dinyatakan secara jelas betapa UMNO tidak bercakap kosong selepas ucapan dasar Presiden UMNO tujuh hari sesudah itu direalisasikan secara mutlak kini.

Ikrar perkembang syiar Islam 

Ikrar UMNO dan berjanji akan komited sepenuhnya untuk memperkembang dan mempertingkatkan syiar Islam di Malaysia harus seiring juga dengan perjuangan PAS itu sendiri. Lorong-lorong pencerahan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang digelar 'Baldatun Toy-yi-batun wa Rob-bun Ghofur' tidak mungkin menjadi cerita yang retorik.

Komitmen Hadi hadir dalam keadaan kesedihan walaupun pemergian kakak sulungnya sehari sebelum majlis itu menunjukkan keseriusan Tuan Guru. Eye contact yang diluahkan serta sentuh menyentuh antara kedua-dua pemimpin kabilah besar itu tampak santai dan penuh keikhlasan. Penulis memandang kiri dan kanan persekitaran majlis multaqa itu, ramai hadirin kelihatan cukup tenang, berlapang dada dan dilihat cukup kasihkan kepada pemimpin mereka yang berjiwa besar itu. Selari hasrat UMNO menuju Islam sejati lagi murni, tiada apa lagi yang penulis hendak perincikan, apatah lagi kata-kata Allah SWT yang Maha Hebat dalam surah Al-i'Imran ayat 103 jelas membawa maksud supaya kita berpegang kepada tali Allah supaya tidak berpecah-belah.

Inilah yang diperjuangkan UMNO selama berdekad-dekad, bahawa parti ini menyongsong pembawaan syiar Islam, yang memenuhi tuntutan kerangka maqasid syariah. Sampai kini, Malaysia semakin dikenali sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, seraya menjadi contoh di kalangan negara membangun serta negara Islam yang lain di dunia.

Telinga penulis masih terngiang-ngiang mendengar secara jelas petikan Najib yang meminjam kata-kata Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama besar negara dari Pulau Pinang, yang juga nenda kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sheikh Abdullah Fahim mengatakan: "Orang Islam perlu memperbaiki perbalahan sesama mereka dan setelah berdamai, penyatuan yang terbina itu diharap berkekalan. Itulah satu-satunya senjata yang memperkuatkan perpaduan orang Melayu dan Islam." Dalam ucapan, Najib pernah menyatakan kegembiraan apabila melihat PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang. "Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya," itu kata-kata Presiden UMNO secara jujur.

Itu pun masih ada mengatakan UMNO itu umpama 'biawak hidup.' Penulis ingin nyatakan secara jelas dan berfakta bahawa UMNO memenangi 51 kerusi daripada 104 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pertama kalinya. Pada 25 April 1964 pula, UMNO terus dominasi kerusi Parlimen dengan memenangi 59, diikuti 51 kerusi pada 1969 walaupun ada kemerosotan kerusi pada parti Perikatan ketika itu. UMNO terus menguasai kerusi Parlimen dalam PRU ke-4 pada 1974, UMNO memenangi 61 kerusi, diikuti 69 kerusi (1978), 70 kerusi (1982), 83 kerusi (1986) dan 71 kerusi (1990). Kejayaan terbesar UMNO memenangi paling banyak kerusi ialah pada PRU ke-11 apabila memenangi 110 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan pada 2004.

Malah, pada PRU ke-13 tahun lalu, UMNO kembali melonjak dengan menambah sembilan lagi kerusi menjadikan 88 kerusi Parlimen yang dimenangi sebagai parti yang tungga berbanding jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang (PAS-DAP-PKR) - 89 kerusi. Kekuatan kabilah keahlian UMNO seramai 3.4 juta orang dan kabilah keahlian PAS seramai sekitar 800,000 orang, apabila terikat sahaja tahaluf siyasi kelak, bayangkan perikatan terbesar itu bercantum.

Rata-rata dalam perbualan penulis bersama hadirin dan peserta secara peribadi bersetuju dengan pandangan ketua-ketua kabilah bagi menjalinkan tahaluf siyasi yang sudah tentu memberi manfaat besar kepada umat Islam, rakyat dan negara. Kata-kata Najib yang mengatakan tali yang dimaksudkan itu bukan tali biasa tetapi tali Allah SWT. ada dengan Perdana Menteri, Hadi juga mengatakan manfaatkan golongan ilmuwan dan agamawan dari negara sendiri kerana kita mempunyai kelompok ini yang belajar dari Timur dan Barat. Kedua-dua ketua kabilah ini disifatkan sebagai A Thinking Politician yang mampu menjadikan negara ini sebagai 'Baldatun Toy-yi-batun wa Rob-bun Ghofur'.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106618
0 Komentar untuk " Manfaat tahaluf siyasi demi agama, negara, bangsa "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ