S-LINE Networks Sdn Bhd yakin (S-Line Networks) jualan mencecah RM5 juta sebulan selepas pelancaran 10 produk baharunya secara serentak.
Pengarah Urusannya, Fatin Suhaira Azhar berkata, produk utamanya, Solid Coffee menjadi fokus utama menyumbang RM2 juta selepas ia dilancarkan.
"Selain kopi, kami mengeluarkan produk penjagaan diri seperti sabun, ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya.
"Kami mempunyai 13 produk sedia ada dengan pendapatan bulanan RM2 juta sebulan hasil jualan menerusi agen, stokis dan pusat jualan," katanya di konvensyen dan majlis penyampaian anugerah syarikat itu.
Pihak syarikat turut merancang pengeluaran produk baharu kelak, mengikut permintaan pelanggan.
"S-Line Networks menumpukan produk penjagaan diri bagi mengukuhkan pasaran dalam negara," katanya.
Walaupun produk kopi amat sinonim dengan Malaysia, Fatin yakin setiap produk ada kekuatan dan keistimewaan tersendiri.
"Kami mengeluarkan produk minuman menggunakan herba tempatan seperti belalai gajah, kacip fatimah, misai kucing dan banyak lagi.
"Produk dihasilkan bagi membantu penyakit lazim rakyat kita iaitu darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya," katanya.
Biarpun syarikat itu baru bertapak awal tahun ini, namun produk mereka berjaya tembusi pasaran luar negara seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.
S-Line Networks kini memiliki 200 ejen dan 20 pusat jualan di seluruh negara bagi memasarkan produk mereka.

0 Komentar untuk " Lancar 10 produk secara serentak "