PEMBACA budiman ingat siri televisyen Mind Your Language yang bermula pada 1977? Cara pelajar-pelajar kelas dewasa dalam program itu bertutur dan memahami (atau tidak memahami) bahasa Inggeris sungguh kelakar.
Tidaklah hairan ia menarik minat 18 juta penonton dari serata dunia, termasuk Malaysia, ketika itu.
Saya masih ingat betapa saya ketawa mendengar Ali Nadim memberitahu gurunya, Jeremy Brown, dalam bahasa berbelitnya: “I am coming here to tell you I am not coming!”.
Anda tentu ingat juga bagaimana, dalam siri berunsur komidi itu, Max selalu bertengkar dengan Giovanni Cupello dalam proses memikat Daniele, gadis Perancis yang jelita itu, Chung Su Lee dengan semangat Mao Zedongnya,
Jamila Ranjha yang asyik bersulam, dan pengetua Miss Courtney, yang digeruni kerana ketegasannya.
Kita tidak ketinggalan. Sejak Mei 2012 kita juga ada siri televisyen, Oh My English, yang menyeronokkan, yang bertujuan mengajar bahasa Inggeris.
Program yang kita buat sendiri itu satu bukti bahawa kita orang Malaysia, orang Melayu, juga boleh jayakan rancangan berkaitan dengan pembelajaran bahasa asing tanpa perlu bergantung kepada orang asing.
Kalau kita boleh lahirkan rancangan untuk mempelajari bahasa asing dengan baik, apa mustahilnya kita juga mempunyai tenaga pengajar bahasa Inggeris yang baik?
Sebab itu apabila ada laporan bahawa Kementerian Pendidikan tidak laksanakan lagi rancangan untuk menggaji guru-guru bahasa Inggeris dari India, ia sesuatu yang wajar.
Bagi saya, adalah lebih baik guna tenaga warga sendiri kerana bukan sahaja mereka berkelayakan, bahkan mereka memahami budaya anak bangsa sendiri, dibandingkan dengan tenaga pengajar asing.
Kita sebenarnya mempunyai tenaga yang mampu mengajar Inggeris dengan baik juga, syaratnya kita mencari jalan mendapatkan khidmat mereka yang mahir, bayar mereka selayaknya, dan tempatkan mereka di mana yang diperlukan.
Saya difahamkan banyak daripada tenaga asing bukan guru bahasa Inggeris dari segi profesion. Mereka memohon atau menerima untuk mengajar murid-murid kita hanya kerana mereka secara kebetulan berada di negara ini.
Lagi pun, menggaji mereka perlu mengambil kira elaun dan lain-lain kemudahan, sedangkan mereka mungkin meninggalkan tugas kerana mahu kembali ke negara asal.
Saya percaya kerajaan tidak mahu pandang rendah kelayakan orang kita sendiri. Kita ada ramai yang berkelayakan. Dalam kalangan mereka yang sudah bersara pun masih ramai yang mahir yang boleh diambil untuk berkhidmat secara kontrak.
Saya teringat kisah seorang bekas ahli perniagaan di Pahang, yang walaupun sudah berusia 63 tahun, masih mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada lebih kurang 20 orang dewasa di rumahnya.
Tidak lama dahulu saya bertemu dengan lepasan universiti di Selangor yang mencari guru-guru untuk mengajar bahasa Inggeris secara sukarela juga.
Kita patut menghargai mereka seperti ini yang tidak lokek menyumbang masa, wang dan tenaga demi mempertingkatkan ilmu dalam kalangan masyarakat.
Kita percaya ramai lagi di negara kita yang berhati mulia dan bersedia menabur bakti secara sukarela.
Justeru, daripada kita melihat ke luar negara dan membelanjakan wang yang banyak, mengapa tidak kita dapatkan khidmat mereka yang ada di depan mata?
Orang kita bukan calang-calang, Lihatlah Noorjahan Sultan, dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama, Kuantan dan K Vanesri Kasi, dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Khalidi, Johor, yang disenarai pendek bersama 48 orang lagi daripada 8,000 penyertaan di seluruh dunia untuk Global Teacher Prize 2016.
Pada Februari depan, 10 orang akan dipilih ke peringkat akhir dan pemenangnya akan diumumkan sebulan kemudian di Dubai. Hadiah yang menunggu adalah RM4.3 juta.
Hadiah ‘Nobel Prize for Teaching’ ini adalah pencalonan kedua dari Malaysia. Tahun 2015 seorang guru fizik, Yasmin Noorul Amin, 38, disenarai pendek.
Kita boleh capai kejayaan. Yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan. Kalau tidak ada minat, jangan harap boleh capai kejayaan sama ada dalam pembelajaran bahasa Inggeris, atau apa sahaja bidang.

0 Komentar untuk " Kita pun mampu ajar bahasa Inggeris "