BAGI pemilik John Big Cup, Mohd Johan Mohd Sarip, walaupun perniagaan minuman gelas besar masih baru di sekitar Lembah Klang, perniagaannya turut menerima tempias ‘beratur panjang’ dalam kalangan peminat dan pelanggannya.
Pada satu-satu masa, hampir 10 hingga 20 orang beratur untuk mendapatkan minuman gelas besar yang dijual di hadapan rumahnya di Taman Perwira Telok Panglima Garang, Selangor.
Bilangan pelanggan beratur yang melibatkan pelbagai peringkat umur itu akan bertambah terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.
“Alhamdulillah, pelanggan beratur panjang adalah rezeki. Kita tidak boleh mengambil kesempatan atas kepercayaan pelanggan kerana mereka mahukan minuman yang disediakan ini berbaloi dengan bayaran.
“Saya bimbang jika minuman yang disediakan tidak memuaskan hati pelanggan kerana saya mahu mereka datang membeli lagi,” katanya.
Bagi mengatasi masalah beratur panjang dan potong giliran dalam kalangan pelanggan, Mohd Johan menggunakan sistem nama bagi memudahkan pelanggan supaya tidak menunggu lebih lama.
“Setiap tempahan akan mengambil masa tidak kurang lima minit. Walaupun begitu, saya akan pastikan kebersihan diutamakan,” katanya.
Kepercayaan pelanggan menyuntik semangatnya untuk lebih kreatif dan lebih mementingkan kebersihan serta kualiti minuman.
“Saya tidak mahu ambil mudah dengan kepercayaan pelanggan. Malah setiap pembelian, saya akan bertanyakan mereka mengenai rasa yang mereka mahukan,” katanya.
Tidak memandang enteng terhadap pembelian dan komen pelanggan kerana dia akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
“Air gelas besar ini akan diperluaskan pasarannya hingga ke beberapa kawasan Lembah Klang lain, antaranya di Kepong, Klang dan Puncak Alam, Melaka, Johor dan Kelantan pada tahun hadapan.
“Perniagaan minuman gelas besar mendapat permintaan tinggi kerana melihat kepada potensinya boleh pergi jauh,” katanya.
Walaupun ia hanya sekadar menjadi pendapatan sampingan keluarganya, setiap hari Mohd Johan mampu menjual lebih 60 gelas dan jualan akan meningkat pada hujung minggu serta mampu mencecah lebih 100 gelas sehari.
“Saya berniaga 23 jenis perisa, antara yang menjadi kegemaran ialah coklat vanila, durian, keladi, jagung dan cappuccino,” katanya.
Sementara itu, bagi Pengarah Urusan Melawati Kebab Sdn Bhd (Melawati Kebab), Mohd Shafiee Salim yang menggunakan jenama Melawati Kebab tidak mendabik dada dengan ramai pelanggan yang datang.
Malah, ia lebih merisaukan dirinya jika tidak dapat memberikan produk terbaik kepada pelanggan yang kebanyakannya pemborong dan peniaga makanan segera, melibatkan pelbagai bangsa di seluruh negara.
“Melawati Kebab mementingkan kebersihan dan mengutamakan kualiti. Lebih 42 produk yang kami sediakan, antaranya bebola daging, oblong lembu, burger daging dan ayam, daging kisar dan burger ayam dan daging bakar,” katanya.
Dengan kehadiran lebih 300 hingga 400 pelanggan seminggu untuk mendapatkan bekalan produk daripada Melawati Kebab, ia memberikan cabaran kepada Shafiee untuk menguruskan tempahan tersebut.
“Kami tidak mahu mengejar kuantiti tetapi lebih menjaga kualiti. Kami bertapak dalam perniagaan ini lebih 18 tahun, pastinya kepuasan pelanggan adalah kejayaan kami yang sukar diungkapkan,” katanya.

0 Komentar untuk " John Big Cup: Jadi pilihan, tampil kreativiti "