MELANGKAH ke tahun baharu 2016 esok, apa kata kita berazam untuk menguruskan sampah dengan lebih baik. Ternyata selama ini kita tidak betul-betul prihatin, sebab itu sampah sentiasa ada di hadapan mata.
Saya tidak bercakap mengenai sampah masyarakat, tetapi sampah-sarap sebenar yang mengotorkan lingkungan. Orang kita - juga pendatang asing! - tidak pernah mematuhi peraturan dalam hal sampah.
Ada tong sampah mereka tidak gunakan. Tong sampah ternganga kosong; orang kita lebih suka membuang sampah di luar tong yang disediakan. Mereka menyepahkan sampah di taman awam, di pondok menunggu bas, di luar rumah ibadat, di sekitar pasar borong, hatta di laman rumah sendiri.
Pelik orang kita, sekiranya ada amaran bertulis huruf besar ‘JANGAN BUANG SAMPAH DI SINI’, maka di situlah mereka melonggokkan segala jenis sampah, termasuk sependa buruk, lampin bayi, dan tuala wanita.
Pelik lagi, mereka tidak sedikit pun menghiraukan amaran ‘DENDA RM500’.
Sebab mereka tahu denda RM500 itu hanyalah amaran kosong. Saban hari ada sahaja yang membuang sampah di kawasan larangan berdenda, tetapi tiada seorang pun ditangkap dan didenda. Itulah hebatnya undang-undang kita!
Ada yang lebih hebat - sebenarnya lebih kurang ajar! Satu kawasan awam dijadikan tempat pembuangan sampah haram. Lori dan trak juga sekian banyak kenderaan kecil datang siang dan malam, mencurahkan sampah di kawasan berkenaan.
Lori datang dan pergi, sampah ditimbunkan sehingga menutup pandangan, tetapi pihak berkuasa tidak bertindak. Aduan penduduk tidak dipedulikan. Hanya setelah sampah menggunung, beritanya keluar TV dan akhbar, barulah PBT bergegas datang dan mengeluarkan kenyataan, “kami tidak perasan, dan akan bertindak segera.”
Sampah tinggi menggunung, PBT boleh kata mereka tidak perasan, pada hal orang rabun dekat atau rabun jauh pun boleh nampak. Agaknya PBT memang buta. Bukan buta mata tetapi buta hati.
Kerajaan cuba mendisiplinkan orang ramai dalam hal pengurusan sampah. Bermula 1 September 2015 isi rumah di tujuh buah negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya memulakan pengasingan sisa pepejal daripada rumah, secara mandatori.
Pelaksanaan perintah yang juga diadakan di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis, antara lain bertujuan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa. Perintah ini menggalakkan kitar semula sebagai kaedah pelupusan.
Orang ramai perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis iaitu bahan yang boleh dikitar semula, sisa baki, sisa pukal serta sisa kebun di tempat berasingan sementara menunggu hari kutipan yang telah ditetapkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Tetapi ternyata orang kita, termasuk yang mengaku profesional dan bertamadun tinggi, tidak mengendahkan peraturan tersebut. Dalam masa sebulan peraturan tersebut dilaksanakan sebanyak 12,829 notis peringatan telah dikeluarkan kepada penghuni premis yang tidak mengasingkan sisa pepejal.
Dalam hal sampah, jangan menyerahkan hanya kepada pihak berkuasa untuk membersihkannya. Kita sendiri sebagai warga prihatin dan cintakan kebersihan, perlu secara sedar menjayakan kempen mengawal sampah dan membudayakan kitar semula.
Mungkin kita boleh memulakan dengan sampah dari plastik. SWCorp memberitahu pembuangan plastik di Kuala Lumpur sahaja mencecah kira-kira 127 juta kilogram setahun. Kurang daripada lima peratus sahaja daripada nilai itu yang dikitar semula manakala selebihnya dilonggokkan di tempat pelupusan sampah.
Pada hal sekiranya dikitar semula jumlah plastik yang ditimbunkan di tempat pelupusan boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan.
Kata SWCorp, jika dihitung berdasarkan harga kitar semula bagi barangan plastik iaitu 40 sen sekilogram, maka nilai sampah plastik yang terbiar di pusat-pusat pelupusan boleh mencecah RM50 juta setahun.
Oleh sebab tidak prihatin dan terus ‘buat dhek’, kita kehilangan RM50 juta gara-gara tidak mengitar semula sampah plastik. Dan, itu baru di KL, kalau di seluruh negara banyak lagi RM dapat diselamatkan.
Sebaliknya, jika sikap ‘ada aku kisah’ ini berterusan kesan terhadap kebersihan alam sekitar akan terjejas, sebab plastik sebanyak itu sekiranya dibiarkan di atas tanah akan mengambil masa 10,000 tahun untuk lupus. Bayangkan!
Sebab itu, mulai esok gerakkan azam untuk mendisiplinkan diri dalam pengurusan sampah. Buka mata, buka hati, jom wujudkan alam sekitar murni yang bebas sampah. #kitalahmalaysia!

0 Komentar untuk " Hindarkan sampah, #kitalahmalaysia "