CUTI sekolah semakin hampir ke penghujung namun undangan kenduri kahwin masih banyak lagi. Orang tetap berkahwin walaupun ada yang percaya ekonomi tidak berapa baik sekarang.
Dalam banyak jemputan musim ini, paling jadi kenangan bagi saya adalah kenduri Li Ikan, rakan lepak saya yang mengahwinkan tiga anaknya sekali gus.
Ada tiga sebab. Pertama kerana menunya, gulai kawah daging dengan umbut pisang selain gulai lemak nangka muda.
Bagi anak kampung yang sudah lebih 20 tahun berdagang di kota, sesekali jumpa menu seperti itu sudah tentu amat mengujakan. Selama ini, jika kemaruk gulai kawah umbut pisang yang dikenali juga sebagai gulai kawah batang pisang atau 'riyaih' pisang (ikut istilah dialek 'ulu' pedalaman Kedah dan Perak), saya biasanya ke Restoran Bunga Tanjung dekat Stesen Komuter Sentul di Kuala Lumpur.
Itulah hidangan wajib kenduri kampung yang begitu nostalgik dan sentimental pada saya untuk mengenang zaman kanak-kanak dahulu.
Kedua, lauk pauk kenduri kahwin anak Li Ikan dimasak secara gotong-royong. Sebaik mendapat tahu Li hendak berkenduri, saya terus mohon cuti. Akhirnya pada hari kejadian, sampai jam 4.30 pagi saya dan kawan-kawan bermain api. 'Masterchef' yang pakar masak gulai kawah batang pisang, dibawa khas dari Baling, Kedah.
Ketiga, pada ketika merewang dan hari kenduri, kami yang membantu diberikan tuala 'good morning' untuk mengelap peluh. Ya, ia sekadar tuala kecil yang murah tetapi bagi anak-anak kampung yang aktif sebagai 'mentara' atau pengangkat hidangan pada zaman sebelum ada khidmat katering di kampung dahulu, sehelai tuala 'good morning' cukup besar maknanya bagi kami.
Cukuplah saya ceritakan begini: Jadi 'mentara' adalah simbol keaktifan seseorang anak muda kampung bahawa dia seorang yang pandai 'berderau' atau bergaul dalam masyarakat. Dalam kata lain, dia bukan jenis 'kera sumbang'. Dalam kata yang lain lagi, dia seorang yang pandai bawa diri dalam komuniti.
Justeru, terlibat dalam aktiviti kampung terutama ketika jiran berkenduri-kendara dan penglibatannya itu diiktiraf dengan pemberian tuala 'good morning' cukup untuk membuat seseorang remaja yang dalam istilah orang sekarang disebut 'budak baru nak up' berasa bangga. Dan itu juga akan membuatkan emak ayahnya berasa bangga. Saya sendiri pernah teruk dimarahi oleh ayah yang ketika dia pulang, didapatinya saya berada di rumah sedangkan pada hari itu ada jiran berkenduri. Sejak itu, saya tidak berani lagi ponteng daripada aktiviti kenduri dalam kampung.
Seperkara lagi, jadi 'mentara' bagi anak-anak muda kampung cukup menyeronokkan kerana itulah peluang atau harinya hendak 'ushar' dan tunjuk rajin pada dara pujaan. Sebab itulah, pada masa ditugaskan mengangkat hidangan, ramai yang berebut hendak berdiri hampir dengan tingkap. Untung nasib badan, ada anak dara 'cun' duduk di tepi tingkap, dapatlah diusik atau bermain mata. Keyakinan diri pula ketika itu berada pada tahap yang tertinggi kerana markah sedang melonjak naik sebagai pemuda yang rajin dan pandai 'berderau'. Kalau bakal emak mertua tengok pun, tidak ada rasa risau!
Kerana mata asyik memandang ke arah tingkap, terbukalah peluang untuk dikenakan oleh kawan-kawan. Ada yang meloncat terpekik terlolong setelah terpegang bara api yang dihulur oleh rakan lantaran tidak sedar apa yang disambut kerana mata asyik memandang gadis idaman.
Anak dara kampung pula, ketika ada kendurilah peluang untuk mereka melaram. Kalau sebelum itu, rupa wajah biasa-biasa sahaja tetapi cantiknya pada hari kenduri boleh buat terjojol biji mata.
Selain tuala 'good morning', 'mentara' dikenali dengan 'bunga' yang digubah daripada not seringgit dan dipakai di baju. Selain itu, rokok juga turut diberi sebagai habuan atau upah bekerja. Ketika itu, rokok berjenama yang sekotak berisi tujuh batang masih lagi ada.
Begitulah meriahnya kenduri kahwin dahulu. Sekarang, kerja kenduri kendara sudah diambil alih oleh katering. Meskipun memudahkan namun saya kira, itu telah mengurangkan sedikit darjat kemeriahan. Baru-baru ini, saya dijemput ke kenduri yang agak jauh dari rumah. Tempoh perjalanannya lebih sejam. Memang saya berhajat hendak awal tetapi oleh kerana ada tetamu, terpaksa lewat keluar.
Namun mengambil kira tempoh jamuan yang masih ada, saya berasa sedikit lega. Saya sampai kira-kira 40 minit sebelum tempoh jamuan berakhir.
Apa yang mendukacitakan, petugas katering ketika itu sudahpun mula mengemas. Di tempat mengambil makanan, pinggan tidak ada sedangkan makanan masih banyak. Terpaksalah saya tebalkan muka minta daripada tuan rumah. Saya tidak salahkan mereka kalaulah saya sampai setelah tamat tempoh jamuan.
Ini pun boleh merencatkan mood untuk memeriahkan kenduri selain menjatuhkan air muka tuan rumah.

0 Komentar untuk " Beza kenduri dahulu, sekarang "