Speaker wanita pertama negara - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Speaker wanita pertama negara

PANTAS kakinya melangkah masuk ke pejabat Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Menyedari kehadiran penulis pada waktu dijanjikan, beliau dengan ramah terus mempelawa masuk ke pejabatnya.

Hannah Yeoh atau nama sebenarnya, Yeoh Tseow Suan, 36,  juga Adun Subang Jaya kelihatan menawan berbaju kurung rona biru. Walaupun tanpa secalit solekan di wajah, namun keikhlasan beliau jelas terpancar dan membuatkan sesiapa berbual dengannya rasa selesa.

Bekas peguam ini melakar nama sebagai Speaker wanita pertama di tanah air selepas pelantikannya pada 21 Jun 2013.

“Menjadi Speaker adalah kemuncak kerjaya saya dalam bidang politik selepas menjadi Adun dua penggal berturut-turut. Pada awalnya, saya rasa gementar dan tertekan. Apabila sidang pertama berjalan, saya sudah dapat sesuaikan diri.

“Saya memang ingin memantapkan demokrasi dalam Dewan Negeri. Sejak setahun setengah, saya telah buat beberapa perubahan termasuk meluluskan usul-usul yang dibentangkan BN untuk dibahaskan di Dewan Negeri, dan membenarkan usul tergempar yang dibawa Ketua Pembangkang.

“Saya mahu mulakan budaya sihat iaitu tanpa mengira kerajaan atau pembangkang, ada platform untuk berbahas dalam Dewan Negeri, kerana tempat tersebutlah perbahasan berlaku. Kami juga meminda Peraturan Tetap, Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC), untuk memastikan hak ketua pembangkang tak kira Umno atau Pakatan Rakyat suatu hari nanti terjaga.

“Untuk check and balance satu kerajaan, maka pembangkang kena kuat. Jadi bila kita dapat kuasa, praktiskan apa yang kita nak,” ujarnya yang bersikap adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Pengalaman politik

Sebelum ini, Hannah tidak pernah terfikir menjadi ahli politik, tetapi beliau berasakan perlu mengambil peluang untuk menjuarai isu rakyat khususnya seperti kos dan kualiti kehidupan di kawasan Lembah Klang. Ini berdasarkan pengalaman beliau di Australia ketika belajar dalam bidang undang-undang di University of Tasmania.

“Dunia politik saya diperkenalkan melalui rakan sekolah, Edward Ling. Masa itu, saya dan suami, M Ramachandran menjadi ahli DAP dan bekerja sebagai sukarelawan.

“Dari situ, saya mengenali Tony Pua dan Pengerusi Selangor DAP, Ean Yong Hian Wah. Tanggal 13 Februari 2008 memberi kejutan kepada saya apabila Edward minta saya bersedia hadapi pencalonan Pilihanraya Umum (PRU) ke 12.

“Atas sokongan suami, keluarga dan rakan parti, saya sahut cabaran tersebut. Selama ini saya banyak merungut, jadi inilah masanya untuk saya memainkan peranan membela nasib rakyat,” ujar ibu kepada dua puteri, Shay Adora Ram, 3 ½ tahun, dan Kayleigh Imani Ram, 2 tahun.

Kejayaan Hannah, yang juga Pengerusi Wanita DAP Selangor sejak 2012, mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya dalam PRU13 membuktikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya. Beliau juga lebih suka turun ke padang dalam mendekati masalah masyarakat.

“Saya dibesarkan di Subang Jaya. Jadi saya banyak tahu selok-belok di kawasan saya. Ini memberi kelebihan kepada saya untuk menangani isu yang berbangkit. Suami saya banyak membantu dari segi membuat kajian, penyelidikan dan strategi dalam bidang politik saya.

“Sebagai wanita muda terlibat dalam politik sebenarnya memang ada cabaran, apatah lagi mempunyai komitmen dengan keluarga sendiri. Tetapi semasa PRU sudah buat janji untuk membaiki kehidupan penduduk, jadi saya perlu fokus dan laksanakan tugas sebaik mungkin.”

Tambahnya, ahli politik perlu menjadi pemain kumpulan untuk menaikkan parti, dan bukannya buat kerja syok sendiri. Adun perlu mendengar pandangan adun lain dan bekerjasama dalam satu kumpulan demi kelangsungan hidup parti politik.

Utamakan pelajaran

Menceritakan pengalaman sebagai peguam selama tiga tahun di Petaling Jaya sebelum menceburi bidang pengurusan acara, katanya, kerjaya tersebut membuatkan dirinya terlalu sibuk bekerja.

“Cuma bezanya sekarang, saya sebagai ahli politik bekerja bukan untuk sesebuah firma, tetapi memberi khidmat kepada rakyat,” katanya yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini menikmati zaman persekolahan penuh kecemerlangan dalam bidang akademik dan kurikulum. Cuma di peringkat sekolah menengah atas, Hannah yang kurang meminati aliran sains, tidak berpuas hati dalam pencapaian SPM.

Oleh itu, beliau hanya memfokuskan pelajaran dan aktiviti keagamaan, Overseas Christian Fellowship di University of Tasmania. Tambahan pula beliau mengenangkan kesusahan keluarganya.

Beliau akui kejayaannya didorong oleh ketegasan bapanya, Yeoh Qoe Thai, 67, ahli perniagaan, dan sokongan ibunya, Tong Choon Lee, 59, suri rumah.

“Nasihat bapa saya, pelajaran perlu diutamakan. Apabila berjaya, barulah bantu orang. Jika tak dapat bantu diri sendiri, susah hendak membantu orang,” ujar bekas pelajar SMK Subang Utama ini.

Melihat sebahagian mahasiswa kini terlibat dalam politik, Hannah berpendapat ia merupakan permulaan baik sebagai pendedahan awal dari segi kepimpinan.

Bagaimanapun, mahasiswa perlu utamakan pelajaran untuk  memenuhi cita-cita dan harapan ibu bapa.

“Semasa belajar dan masih solo, terokailah hobi yang diminati seperti belajar melukis, menjahit atau main muzik. Inilah masa sesuai untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran.

“Menjadi mahasiswa hari ini banyak cabarannya, mudah terdedah dengan pelbagai maklumat di internet. Oleh itu mereka khususnya mahasiswa wanita, kuasai ilmu pengetahuan agar tidak tersasar daripada landasan hidup. Jadi hargai diri sendiri,” katanya.

INFO

- Prinsip Hannah: “Kita tak boleh hidup untuk diri sendiri, mesti membantu orang lain seperti orang miskin. Tak boleh selfish.”

- Pendirian Hannah menjadi speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR, Pas dan Umno (BN).

- Hannah mendapat tunjuk ajar daripada bekas Speaker, Datuk Teng Chang Khim, Adun Sungai Pinang.

- Hannah: “Bila kita kata mahu hidup kerana tuhan, kita kena pastikan bersikap murni. Tak boleh rasuah atau tindas orang lain. Dalam politik, jika tidak kuat asas agama, ia boleh jadi gila kuasa

0 Komentar untuk " Speaker wanita pertama negara "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ