Pelan strategik perkuat A’Tan White Coffe - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pelan strategik perkuat A’Tan White Coffe

SYARIKAT makanan dan minuman baharu, ZA Indra Kayangan Sdn Bhd (Zaik) komited merangka pelan strategik bagi mendapatkan kedudukan lebih kukuh dalam pasaran domestik dan luar negara bagi jenama kopinya,  A’Tan White Coffee.

Zaik turut menyasarkan mengeksport A’Tan White Coffee ke China dan negara-negara Timur Tengah selepas berjaya menembusi pasaran domestik sejak ditubuhkan pada pertengahan November tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Zaik, Zairol Alam @ A’Tan Endut, berkata, syarikatnya menghasilkan 1,000 kotak dan 2,000 kotak kopi susu pada bulan pertama dan kedua.

Menurutnya, kedua-dua kelompok pertama A’Tan White Coffee diedarkan dua pengedar di Kuala Lumpur dan pantai timur di mana pertumbuhan permintaan meningkat dua kali ganda berikutan pengenalan awal jenama tersebut.

“Kami gembira apabila jenama kopi susu kami semakin popular walaupun sebagai syarikat baharu di pasaran. Ia memberi inspirasi untuk merangka pelan strategik bagi mendapatkan kedudukan yang kukuh dalam pasaran domestik dan luar.

“Setelah melabur kira-kira RM100,000 dalam inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), kami kini dalam peringkat akhir rundingan dengan rakan-rakan perniagaan kami di China dan timur tengah.

"Ini menjadikan kami yakin dengan potensi kukuh pasaran eksport dalam membina perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai rancangan segera pengembangan pemasaran, Zaik mengunjurkan menjana pendapatan bulanan antara RM20,000 dan RM30,000 di pasaran domestik.

Syarikat itu merancang mewujudkan rangkaian lebih kukuh di seluruh negara melalui program keusahawanan dan pembukaan kedai berkonsepkan kopitiam pada 2017.

Bagi pelan jangka pendek Zairol berkata, mereka dalam perancangan memperkenalkan dua variasi produk baharu.

Varian pertama akan menjadi Kopi Susu A’Tan 3-dalam-1, manakala yang kedua ialah kopi putih campuran tongkat ali dan ekstrak goji.

0 Komentar untuk " Pelan strategik perkuat A’Tan White Coffe "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ