SEJAK runtuhnya tabir besi Soviet Union dan tabir buluh negara China, demokrasi dan ciri-ciri demokrasi berkembang di kedua-dua gergasi komunis itu. Soviet berpecah menjadi pelbagai negara, seperti Rusia, Ukraine, Georgia, negara-negara yang namanya berakhir dengan ‘tan’ (tidak termasuk Afghanistan dan Pakistan) dan negara-negara kecil lain.
China kekal seperti dulu, tetapi keluasannya bertambah apabila Macao dipulangkan oleh Portugis dan Hong Kong oleh British. Taiwan sudah dikira sebagai sebahagian dari China tetapi status itu masih dipertikaikan oleh majoriti rakyat Taiwan , AS dan Barat. Garis perbezaan yang nyata antara ketiga-tiga itu dengan China ialah sistem ekonomi pasaran. Apabila Deng Hsiau Peng menjadi pemimpin China, sistem itu dilancarkan. Ekonomi arahan digantikan dengan ekonomi pasaran: berdasarkan permintaan dan tawaran (supply and demand). Justeru pasaran yang tidak terbatas, di samping pengusaha-pengusaha swasta yang berlambak-lambak, menjadikan dunia sejagat sebagai pasar besar untuk berniaga.
Begitulah juga keadaannya di negara-negara bekas Soviet. Manusia sebagai manusia sering terjerumus kepada ketamakan. Aset-aset negara yang bertukar tangan kepada individu yang belum berpengalaman dalam sistem pengumpulan harta akhirnya menjadi punca kriris. Rasuah, lari dari cukai dan pembuatan wang kotor (money-laundering) berleluasa. Ia menghasilkan sesuatu di luar dugaan: Moscow dan Shanghai mempunyai jumlah ‘billionaire’ yang paling ramai, memalukan New York, London, Tokyo dan Frankfurt.
Walaupun China masih belum memeluk demokrasi seperti Rusia, tegasnya kuasa masih belum datang dari peti undi, namun ciri-ciri demokrasi sudah dipraktiskannya. Sistem keadilan yang membawa hukuman mati dan penjara oleh penjenayah dan pesalah sudah dilaksanakan. Ini mencerminkan apabila manusia menjadi bebas, mereka cenderung melakukan sesuatu di luar batasan, terutama untuk mendapat wang. Ramai pemimpin politik China dipenjarakan kerana kecenderungan begitu. Banyak ‘billionaire’ Rusia pula dikejar hingga ke luar negara. Ada yang berjaya dibawa pulang, didapati bersalah dan dipenjarakan.
Itulah antara kesan sampingan demokrasi. Nyata sekali demokrasi di tangan mereka yang baru mengenalinya boleh merbahayakan.
Saya selalu mengutip AS dan UK untuk memperkatakan isu politik sebab, pertama, ia memberikan banyak maklumat dari bahasa Inggeris; kedua, kedua-duanya amat terbuka melaporkan yang berlaku dan tindakan yang diambil. Umpamanya, undang-undang cukai pendapatan yang amat efisien yang membolehkan negara memiliki wang banyak, justeru mempunyai ketenteraan kuat, khidmat kepada rakyat yang baik, sistem pendidikan dan kehospitalan yang cemerlang. Sektor swasta yang bebas membuat duit tahu di mana batasnya wang keuntungannya akan dkenakan cukai. Apabila gaji besar diberikan, cukai ke atas gaji juga boleh diperhitungkan. Justeru jika ada pihak cuba lari dari lingkaran itu, ia akan dikejar ke ‘lubang cacing’ untuk dijadikan pengajaran kepada pihak-pihak lain.
Sungguhpun demokrasi mempunyai lubang lolos, namun sejarah meninggalkan contoh demokrasi yang memulihkan keburukan kepada kebaikan. Ketua samseng nombor satu dunia, Al Capone, merompak dan membunuh di Chicago dalam tahun-tahun 1930-an. Disebabkan mahkamah dalam demokrasi bergantung kepada bukti nyata untuk dijatuhkan hukuman, maka Capone bijak melakukan kejahatan tanpa bukti. Yang meranapkan beliau ialah beliau didapati melakukan jenayah tidak membayar cukai. Kemewahan hidup laksana seorang hartawan besar tetapi butir-butir dalam borang cukai pendapatannya ibarat seorang papa.
Malaysia kini berada dalam perkampungan global. Dalam tahun 2020 nanti, kita direncanakan masuk dunia maju. Maka kita bukan saja mengambil tahu hal orang lain dalam perkampungan itu, malah orang lain sebaliknya mengambil tahu juga hal kita. Demi demokrasi dan undang-undang dalam demokrasi, pihak mana sekalipun di Malaysia tidak harus terpalit seperti Al Capone. Jika ada pihak dari Malaysia yang melabur dan membeli aset beratus juta ringgit di kota-kota super dunia tanpa dipertanggungjawabkan dengan LHDN, maka ia patut di’Al-Capone’kan dan didendakan ratusan juta ringgit seperti yang biasa berlaku di negara-negara maju.
Demokrasi ialah ibarat pisau: ia boleh memotong lauk dan sayur; ia juga boleh membunuh. Justeru, kebijaksanaan menggunakan pisau itu ialah harapan kita.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Demokrasi ibarat pisau "