SEJAK viral usahawan ditipu, ramai terus menuding jari kepada Koperasi Seni Selangor (Koseni) yang dikatakan pihak bertanggungjawab.
Koperasi hasil usaha empat beradik ini sudah lima tahun ditubuhkan. Banyak kejayaan sepanjang penubuhan antaranya Majlis Aidilfitri Koseni bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dua tahun lalu selain memberikan sumbangan kepada artis veteran Tan Sri Jins Shamsudin.
Setelah hampir tiga minggu isu mereka menipu usahawan disiar Sinar Harian, akhirnya Koseni tampil menjawab dakwaan dilemparkan.
Pada sesi pertemuan tersebut, tiga daripada empat beradik yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi hadir merungkai dakwaan.
Mereka Khairudin Yusof, Noraini Yusof dan Nor Helmi Yusof. Seorang lagi memegang jawatan sebagai Presiden Koseni, Hidayat Yusof tidak hadir kerana ada urusan.
Noraini Yusoff berkata, isu menipu berlaku di atas kesilapan Koseni yang terlalu percaya kepada individu yang menguruskan projek itu.
"Kami kenal individu ini. Nak kata rapat, tu tidaklah sangat. Hidayat yang membawa di ke dalam Koseni.
"Tetapi apabila individu ini mengatakan ada projek besar di Sabah, kami setuju dan beri 'lampu hijau' untuk urus segala-galanya," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Katanya, projek tersebut melibatkan produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang akan dijual di Sabah.
"Kami difahamkan, produk IKS ini dijual di Sabah. Tetapi kami tidak ada maklumat khusus. Segala urusan kami serah kepada dia. Daripada mencari IKS, buat tempahan, hantar barang dan gudang di Sabah semuanya diuruskan individu ini.
"Pada mulanya, ada rasa sangsi juga memandangkan kerja-kerja ini melibatkan Koseni, tetapi dia tidak mahu buat di pejabat kami sebaliknya semuanya di pejabatnya sendiri. Tapi, kami setuju sahaja, sehinggalah penghantaran pertama ke Sabah selamat sampai," katanya.
Jelasnya, selepas itu, baru diketahui ada yang tidak kena terhadap projek berkenaan.
"Kami pernah dipanggil pada mesyuarat pertama bersama 21 IKS terlibat iaitu sekitar April lalu. Dikatakan mesyuarat berlangsung jam 3 petang. Sesampainya kami di tempat dinyatakan, mesyuarat sudah habis. Pada masa itulah, kami baru tengok semua wajah-wajah IKS tersebut.
"Apabila ditanya, jawapannya semua baik sahaja tanpa sebarang masalah," katanya.
Tembelang pecah
Setelah dua minggu, Noraini dan beberapa pekerja lain ke Sabah untuk melibat perkembangan di sana.
"Kami terkejut apabila dimaklumkan, sejak hari pertama barang itu sampai, tetapi tidak ada sesiapa datang ambil, malah tidak berusik pun.
"Barang penuh dalam gudang. Kami sewa gudang di Sabah iaitu di Putatan dan Kota Kinabalu Industrial Park," katanya.
Katanya, apabila ditanya kepada individu terbabit, namun tiada jawapan diterima.
"Dia hanya kata, nanti akan ada orang ambil. Lagipun, dia baru nak bawa contoh untuk diberikan kepada kedai.
"Sudahlah barang banyak, tetapi baru nak buat kerja dengan menunjukkan contoh kepada kedai. Balik ke Kuala Lumpur, dia hilang. Puas kami mencarinya, Pejabatnya di Cheras juga sudah tutup. Ditanya pekerja, katanya sudah berpindah dan tidak dapat dikesan.
"Apa lagi yang mampu kami buat. Dalam masa sama IKS sudah mula menuntut bayaran kerana di dalam perjanjian bayaran dibuat dalam tempoh 30 hingga 45 hari.
"Perjanjian tidak masuk akal. Tidak hanya itu, malah ada tempahan kedua perlu IKS siapkan dalam masa ditetapkan, iaitu tempoh kurang sebulan. Barang-barang di Sabah tidak selesai lagi, ada pula tempahan baru," katanya.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Koseni berhadapan IKS dengan dua situasi berbeza.
"Kami tidak mampu berkata apa-apa lagi. Saya adakan pertemuan dengan IKS, kebanyakan mereka memahami situasi kami, tetapi ada juga yang tidak. Apa yang mampu kami lakukan, bayar ganti rugi kepada 13 daripada 21 IKS. Lebih kurang RM100,000 diberikan kepada mereka. Hanya itu termampu," katanya.
Katanya, barang sudah siap untuk ke Sabah tidak dapat mereka berbuat apa-apa memandangkan ia terlalu serius.
Buat laporan polis
Khairuddin berkata, laporan polis dibuat terhadap individu berkenaan.
"Kami dah buat, cuma tidak dapat nak berkongsi perkara tersebut. Biarlah polis menjalankan siasatan.
"Apa yang penting, kami akan terus bekerja dan memulihkan semula imej Koseni. Selama lima tahun penubuhan, empat tahun kami sukses cuma tahun ini dugaan ini merosakkan imej kami," katanya.
Jelasnya, Koseni tidak mendapat kepercayaan orang.
Serah pada SKM
Khairuddin berkata, ekoran situasi tegang antara IKS dan pihaknya, dia mengambil keputusan menyerahkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Kami tiada pilihan, apa juga yang kami kata, mereka tidak terima, malah dimaki setiap kali cuba berbincang.
"Walaupun kami terangkan kedudukan kami, namun ada antara mereka yang tidak percaya. Jadi, kami tidak mahu ambil risiko, biarlah SKM yang teruskan," katanya.
Fokus kami menjual semua produk yang masih banyak di gudang. Jika tidak, kami perlu bayar lagi sewa bulanan yang hampir RM4,000 sebulan.
"Masalah kami nak jual pula, harga sangatlah tinggi.
Produk tamat tempoh
Menceritakan mengenai penjualan pula, Khairuddin berkata, produk IKS tidak mampu dijual memandangkan tarikh luput singkat.
"Sudahlah kena tipu dengan individu tersebut, produk pula semuanya hampir tamat tarikh luput.
"Jadi, nak jual pun siapa nak beli. Itu satu hal, harga diletakkan IKS juga melampau. Saya dapati harga diberi kepada kami bukan harga pemborong, sebaliknya harga runcit," katanya.
Nor Helmi yang ditugaskan mengendali bahagian gudang di Sabah turut mengakui kesukaran melakukan jualan.
"Sejak barang sampai, saya sering berulang-alik ke Sabah. Bukan sehari dua di sana, malah sehingga sebulan, tapi tiada sebarang jualan berlaku.
"Kami sungguh teraniaya dengan apa yang berlaku. Duit, jangan cakaplah, semua habis untuk bayar kos-kos yang tak sepatutnya ini," katanya.
Tiada selebriti terlibat
Khairuddin berkata, ada segelintir pihak mengaitkan apa berlaku dengan seorang selebriti tanah air, namun ia disangkal Koseni.
"Sepanjang berurusan ini, ia tidak melibatkan mana-mana pihak lain. Sebelum ini memang kami ada penasihat dalam kalangan selebriti iaitu Zed Zaidi.
"Kehadiran dia hanya sebagai penasihat yang dilantik secara suka-suka sahaja. Namun, kontrak beliau tamat pada 2104 setelah dua tahun bersama kami," katanya.
Jelasnya, Zed yang merupakan kenalan kepada Hidayat hanya menjadi penasihat dan tidak memberi apa-apa komitmen.
"Kami berharap orang ramai menghentikan tuduhan terhadap Zed memandangkan dia tiada kaitan langsung," katanya.

0 Komentar untuk " Dituduh menipu: Koseni jawab tuduhan "