SEJAK beberapa tahun lepas, setiap kali tiba bulan puasa, kisah benar ini tidak pernah saya lupa. Ia terjadi ketika saya baharu sertai Sinar Harian dan dipertanggungjawabkan untuk bertugas dengan Edisi Terengganu.
Kebetulan ketika itu bulan puasa. Pada suatu hari, tatkala memproses satu rencana, saya terkejut melihat ‘tapir’ dalam senarai juadah berbuka yang dijual di bazar Ramadan Kuala Berang.
Dalam keadaan perut yang lapar, saya cuba mencari logik mengenai tapir yang kononnya dijadikan juadah berbuka - apakah dibikin masak kurma seperti daging kerbau, atau gulai kawah campur umbut pisang seperti daging kambing?
Kecur juga air liur mengenangkannya meskipun apa yang ditulis adalah sangat tidak munasabah. Setelah itu, baharulah saya hubungi wartawan Sinar Harian di daerah itu untuk bertanya: “Tapir yang awak tulis dijual sebagai juadah berbuka ini, apa masakannya?”
Dia yang kehairanan, bertanya saya semula: “Masakkang ape encik? Masakkang tapirlah.”
“Yalah, saya taulah masakan tapir tapi apa jenis masakannya? Macam daging kerbau, ada masak kurma, ada buat gulai, ada buat rendang, macam-macam...,” kata saya.
“Oh! Itu daging, ini bukan daging encik, ini tapir,” katanya, tak mahu mengalah.
“Habis tu, yang awak tulis ni bukan pasal daging? Daging tapir, tapir, yang hitam putih tu,?” kata saya.
Selepas itu, baharu saya dengar dia ketawa, ketawa yang sangat kuat sekali. Agak lama kemudian, dia berkata: “Ini bukan tapir tu la encik. Ini ‘tapir’ pulut yang dibungkus dengan daun getah.”
Mendengar jawapannya, saya sengaja tekankan suara: “Lhaaa, mati-mati saya ingat tapir, tapir tenuk tu.”
Kata saya lagi: “Cukuplah kalau sebutan saja tapir tapi tulis biarlah betul, tapai. Kalau tidak, tak pasal-pasal saya sangka orang Hulu Terengganu makan tapir,” kata saya, sambil menahan ketawa hingga terkeluar air mata.
Setelah beberapa kali berkunjung ke daerah hulu ini, saya amat pasti bahawa tapai di sini memang dipanggil ‘tapir’. Yang saya hairan, macam mana kawan saya itu boleh tulis ‘tapir’ sedangkan dia hampir setiap hari melalui Pekan Wakaf Tapai.
Namun, insiden itu bukan satu-satunya peristiwa lucu yang saya alami berkaitan dengan loghat orang Hulu Terengganu.
Tidak lama dahulu, ketika ke Kuala Berang, saya singgah di deretan gerai buah di tepi jalan Kampung Gaung. Melihat buah kerkuk yang saya tidak pernah jumpa dijual di tempat lain, saya bertanya akan harganya kepada si penjual.
Barang kali tidak jelas soalan saya, si penjual berkata: “Oooh, ini kena masuk utang!”
Saya pula berkata: “Tak boleh abang, saya datang jauh ...”
Si penjual yang kehairanan bertanya semula: “Hah, apa kenenye? Jauh pun dak pe. Buah ni tahang (tahan)!”
Saya yang dalam keadaan perut semakin keras menahan ketawa kerana sedar, fahaman si penjual semakin jauh tersasar daripada maksud saya, kemudiannya berkata: “Abang, sebenarnya saya mahu bayar cash (tunai), susah hutang-hutang ni, saya datang dari jauh, dari KL.”
“Oooh!” Balas si penjual buah sambil tersenyum. Dia baharu tersedar bahawa dia sudah terkena dengan saya. “Sebenornya saya nak bagi tahu, buah ni dari utang (hutan), bukang suruh bayor hutang,” katanya.
Sebut tentang Kuala Berang, saya langsung teringat kepada penyajak Hulu, Allahyarham Ibrahim Md Taib yang meninggal dalam kemalangan jalan raya setahun lepas.
Sajak-sajak Ibrahim yang juga dikenali dengan panggilan Abah, atau Pok Him Orang Ulu, bukan sahaja menyengat dengan dialek bahasanya, tetapi juga mesej-mesej yang disampaikan.
Dua tahun lalu, ketika berborak dengannya di Perpustakaan Awam Kuala Berang, Pok Him ada bercerita kepada saya dia pernah diminta mendeklamasikan sajak dengam loghat Hulu Terengganu dalam bahasa Inggeris. Bayangkanlah!
Antara bait yang dia beritahu saya digunakannya ialah 'mok de tebor' (mop the table).
Dalam satu majlis yang pernah kami hadir bersama, Ibrahim menunjukkan kepakarannya di hadapan saya, menulis puisi Hulu secara spontan dan sebaik sahaja namanya dipanggil pengacara ke pentas, dia terus deklamasikan dengan cukup sempurna. AL-FATIHAH... semoga Pok Him damai di sana.

0 Komentar untuk " Tapir di bazar Ramadan "