TUN Mahathir secara terbuka berkata bahawa kepimpinan Najib tidak cukup tegas dan pantas dan membiarkan isu-isu utama negara berlarutan. Sebelum ini Tun Mahathir pun pernah mengkritik Pak Lah atas alasan terlalu lembut.
Kritikan Tun Mahathir memberi gambaran bahawa kepimpinan Najib lebih lembut dari kepimpinan Pak Lah. PRU13 telah membuktikan BN di bawah Najib tidak mampu mendapat kerusi sebanyak zaman kepimpinan Pak Lah. Menurut Tun, beliau terlalu lembut terhadap musuh sehingga ISA dan Ordinan Darurat dihapuskan demi untuk melayan tuntutan musuh.
Saya melihat dunia dari kaca mata seorang pendakwah. Sunnah Nabi mengajak saya supaya peka kepada isu-isu yang melanda umat atas nama dakwah. Saya tidak melihat sebagai ahli politik yang lebih cenderung untuk menangkan partinya dalam pilihan raya. Maka, saya melihat Najib, Umno dan Pas sebagai satu ummah. Setiap gerak langkah seseorang Muslim, secara sedar atau tidak sedar, tidak kira dari parti mana, menyumbang kepada dakwah iaitu gambaran terhadap Islam.
Bagi saya, perkataan yang lebih sesuai untuk menilai prestasi umat kita ialah bukan lembut tetapi kurang kompetitif. Nabi SAW sendiri pernah dituduh terlalu lembut kepada musuh semasa perjanjian Hudaibiyah tetapi terbukti akhirnya, strategi Nabi nampak lembut kepada musuh tetapi sebenarnya kompetitif sehingga perjanjian ini membawa kepada pembukaan kota Makkah.
Tai Chi adalah pergerakan kungfu yang lembut tetapi kompetitif iaitu sangat berbisa dengan satu tumbukan! Dakwah kompetitif secara kasarnya adalah kemampuan bersaing untuk martabatkan maruah Islam.
Bagaimanapun, apabila kita sebut Najib, adakah ini merujuk kepada satu individu atau satu team? Kalau kita kata strategi Nabi Muhammad SAW bersifat kompetitif, walaupun kita sebut nama Baginda sahaja, tetapi sebenarnya kita merujuk juga kepada team Nabi yang terdiri daripada para sahabat yang juga bersifat kompetitif. Nabi berjaya kerana budaya kompetitif yang hebat dalam pasukannya. Pemimpin, walau bagaimana hebat sekali pun, tak akan berjaya jika teamnya tidur! Team Najib adalah umat Islam di Malaysia.
Saari Sungib pada 12 Ogos telah juga mengkritik kepimpinan Pas kerana terlalu lambat membuat keputusan tentang krisis MB Selangor. Sebelum ini, Dewan Ulama Pas telah pun membuat keputusan untuk menyokong Khalid sebelum Pas pusat membuat keputusan. Begitu pantas sekali Dewan Ulama Pas membuat keputusan. Ya, ia pantas tetapi adakah ia kompetitif? Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yaakob membuat kenyataan sensitif bahawa pihaknya sedia membuka pintu kepada Khalid jika beliau ingin menyertai parti Pas. Kit Siang menyindir bahawa cara tangani krisis MB Selangor sangat ‘menjijikkan’ dan Guan Eng tertanya-tanya bahawa adakah ini akhlak seorang Muslim, iaitu mengkhianati rakan-rakan ‘tahaaluf’ sendiri?
Sebelum PRU13, saya mengkritik tahaaluf siyaasi Pas-DAP walaupun ramai ulama yang menyokong dengan pelbagai dalil agama. Kita perlu melihat pada realiti, bukan sekadar petik ayat al-Quran sahaja. Ramai ulama hanya sekadar ulat kitab. Saya menulis bahawa arus liberalisasi pasti ‘outsmart’ Islamisasi dan kita melihat kebenaran ini selepas lebih setahun PRU.
Kalau dikatakan Najib lemah kerana hilang terlalu banyak kerusi politik, maka Pas bukan sekadar hilang negeri tetapi ulamanya meletakkan maruah Islam pada tahap yang ‘menjijikkan’ pada pandangan penganut bukan Islam. Pada tahap ini, ulama mengeluarkan senjata terakhir untuk mendapat sokongan rakyat iaitu laungan wala’ (taat). Bila Saari Sungip tidak setuju dengan keputusan Dewan Ulama, ancaman wala’ dikeluarkan.
Logik ulama begini: kamu kena wala’ pada syura iaitu pada KAMI. KAMI tak perlu wala’ pada sesiapa pun. Wala’ maknanya wala’ pada KAMI, bukan pada majoriti, bukan pada janji, bukan pada tahaaluf, bukan pada syura PR, bukan pada presiden parti, bukan pada rakyat biasa, bukan pada selain daripada KAMI. Kamu boleh label KAMI sebagai pengkhianat rakan-rakan KAMI setelah setahun janji ditaburkan kepada mereka.
Jika ulama sekarang digambarkan sebagai pewaris Nabi, apa akan jadi pada pengikut-pengikutnya dan pada imej Islam?

0 Komentar untuk " Siapa yang lebih lembut? "