Khidmat kesihatan biar bermutu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Khidmat kesihatan biar bermutu


Ramai yang menaruh harapan kepada kerajaan untuk mendapat khidmat kesihatan bermutu, cepat dan murah. Tidak kurang pula harap kasih sayang pemimpin kita terus beri subsidi dan khidmat bermutu menerusi Bajet 2018.

Tidak dapat dinafikan, kita masih dengar keluhan rakyat berkenaan perkhidmatan kesihatan di media sosial.

Dengan revolusi internet masa kini, peningkatan minat rakyat hari ini beralih kepada aktiviti kecergasan, malah pemakanan sihat juga trend anak muda yang kian pentingkan faktor kesihatan.

Pemerkasaan kesihatan perlu jadi antara agenda utama

Dalam menelusuri pembangunan dan peredaran zaman yang bergerak pantas, jangka hayat rakyat Malaysia didapati meningkat. Tahun ini, jangka hayat rakyat Malaysia bertambah kepada 78.8 tahun berbanding 74.7 tahun pada 2016. Sebanyak 20 peratus rakyat Malaysia selepas ini mampu hidup sehingga mencecah 60 tahun. Ini tentu memerlukan penjagaan lebih serius.

Sehubungan itu, aspek pemerkasaan kesihatan rakyat, kritikal dan perlu menjadi tumpuan utama agenda kerajaan.

Rakyat yang cergas dan sihat adalah tulang belakang kejayaan serta pembangunan sesebuah negara.

Justeru, dalam Bajet 2018 isu berkaitan kesihatan secara keseluruhannya, tidak boleh diketepikan atau dikompromi kerajaan kerana kesihatan penting untuk meneruskan kehidupan.

Kerajaan perlu komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan berusaha menambah baik asas sistem kesihatan negara.

Antara perlu diberikan tumpuan, masalah kekurangan katil di hospital kerajaan sehingga tidak dapat menampung pesakit.

Langkah menambah bilangan katil akan mengurangkan tempoh menunggu rakyat untuk mendapat rawatan manakala dari segi aspek keselamatan, ia dapat mengelakkan berlaku kesesakan di hospital.

🔥Bina kemudahan membantu golongan memerlukan🔥

Teknologi dan kajian berkaitan aspek kesihatan juga perlu dipertingkatkan supaya kemudahan canggih dapat dibina untuk dimanfaatkan golongan memerlukan.

Contoh terbaik adalah apabila syarikat elektronik Philips di negara jiran, Singapura yang tampil dengan kemudahan dipanggil Royal Philips Health Continuum Space (RPHCS) selepas menjalankan penyelidikan berterusan.

Kemudahan itu adalah bagi mengatasi senario peningkatan populasi warga emas tahun demi tahun dan mengatasi kebergantungan kepada anak, terutama dalam hal penjagaan.

Kemudahan berinovasi yang terletak di ibu pejabat Philips di Singapura itu, menggambarkan senario kehidupan sebenar sebuah kehidupan dengan objektif memudahkan tugas profesional penjagaan kesihatan yang dengan tidak secara langsung meningkatkan kualiti dan ketepatan diagnosis klinikal untuk pesakit.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kesihatan, Bajet 2018 harus melihat kepada memperbanyakkan geran penganjuran program kesihatan.

Kita sememangnya mahu rakyat celik kesihatan dan bukan hanya dapatkan rawatan apabila mendapat penyakit atau apabila umur meningkat tanpa melakukan pencegahan awal.

Apabila kesihatan rakyat tidak diberi keutamaan, akan bertambah banyak pesakit yang terlantar di rumah dan menjadi beban bagi keluarga tidak mempunyai pegangan nilai.

Oleh Shahar Abdullah

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/10/342444/khidmat-kesihatan-biar-bermutu
0 Komentar untuk " Khidmat kesihatan biar bermutu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ