BANGSAR, ramai yang mengenali kawasan kediaman yang mewah di Kuala Lumpur ini, namun berapa ramaikah yang mengetahui akan asal-usulnya?
Ketika di bawah penjajahan British, pada 1906, Kuala Lumpur Rubber Co Ltd. yang berpangkalan di London telah memulakan penanaman pokok getah di sekitar Kuala Lumpur. Ia adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan komoditi ini yang besar pada masa tersebut. Gabungan nama dua ahli lembaga syarikat tersebut, iaitu Edouard Bunge dan Alfred Grisar yang berasal dari Belanda dan Belgium masing-masing digunakan untuk membuka ladang getah Bunge-Grisar atau ladang Bungsar, yang kemudiannya berubah dengan masa sehingga menjadi Bangsar pada hari ini.
Walaupun minyak sawit merupakan komoditi utama Malaysia, namun penanaman getah sebagai komoditi kedua terbesar mempunyai sejarah yang lebih panjang dan ianya tidak kurang menarik, seperti kisah Bangsar ini.
Kisah getah bermula dengan usaha Sir Henry Nicholas Ridley,seorang ahli botani yang bertugas sebagai pengarah saintifik di Taman Botanik Singapura. Beliau mempromosikan pokok getah di Tanah Melayu pada ketika itu dengan penuh semangat sehingga digelar Mad Ridley.
Ridley membawa sembilan anak benih dari Taman Botani Singapura dan menanamnya di Kuala Kangsar pada 1877, dan salah satu pokok tersebut masih kekal di luar Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan. Anak-anak benih tersebut berasal dari Taman Kew di England, yang diambil dari Brazil pada 1876 oleh Henry Wickham.
🔥Adakah getah hilang keanjalannya?🔥
Beberapa dekad selepas itu, Tanah Melayu berjaya menjadi pengeksport getah terbesar di dunia dan bersama-sama hasil galian bijih timah telah banyak menyumbang kepada perbendaharaan pihak British. Walau bagaimanapun, penurunan harga dan persaingan daripada getah sintetik telah menyumbang kepada penurunan keluasan kawasan dan sumbangan ekonomi sejak lewat 70-an.
Walau bagaimanapun, pengurangan dalam sektor hulu telah disokong dengan berkesan oleh pengembangan getah hiliran. Sumbangan ekonomi dari industri getah terus menjana peningkatan pendapatan eksport bagi negara, jumlah eksport meningkat daripada RM13.27 bilion kepada RM33.26 bilion untuk tempoh 2000 hingga 2016, getah tetap kekal menjadi penyumbang yang penting kepada ekonomi tetapi tidak menerima perhatian yang sewajarnya.
Berita baik mengenai getah ini adalah apabila kita berjaya menjadi pengeluar utama produk lateks dalam konteks global, di mana Malaysia merupakan nombor satu dalam pembuatan sarung tangan dan kondom, dengan perkongsian pasaran masing-masing sebanyak 63.2 peratus dan 20.4 peratus pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, prestasi ini tidak berlaku terhadap getah asli yang mana sebahagian besar eksportnya adalah dalam bentuk Standard Malaysia Rubber (SMR) dan sebatian, manakala penggunaan dalam negeri didominasi oleh segmen tambah nilai yang rendah.
Walau bagaimanapun, kejayaan sektor hiliran ini menghendaki kita untuk berusaha dengan lebih gigih kerana Malaysia adalah pengeluar getah yang kelima terbesar di dunia dan ini akan memberi impak terhadap pengaruh kita ke atas harga getah. Di antara tahun 2010 hingga 2016, pengeluaran negara menurun sebanyak 28 peratus daripada 939.2 juta tan kepada 673.8 juta tan. Penurunan ini, bersama nisbah 90:10 pengeluaran getah kering dengan pengeluaran lateks, juga bermakna bahawa kedua-dua syarikat getah kering serta syarikat yang berasaskan lateks bergantung kepada import dan ini mesti diuruskan dengan baik.
🔥Bolehkah getah kembali gemilang?🔥
Menyedari akan kepentingan bagi strategik kemampanan bekalan, getah dikenalpasti sebagai Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA), di samping minyak sawit, dengan sasaran mengekalkan keluasan dalam lingkungan 1.2 juta hektar melalui program bersepadu penanaman semula dan penanaman baru. Program ini juga menumpukan kepada hanya penanaman klon getah berhasil tinggi yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (MRB). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan hari penorehan kepada 85 peratus daripada hari boleh toreh dan menanamnya dengan lebih padat iaitu pada 550 pohon sehektar.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-10, sejumlah besar telah diperuntukkan kepada Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) untuk program tersebut. Setakat 2016, 148,461 hektar telah ditanam semula sementara 53,456 hektar telah ditanam semula. Dengan pusingan pembajaan yang dijadualkan dan penggunaan perangsang lateks sebagai sebahagian daripada pelaksanaan amalan pertanian yang baik, saya berharap apabila kumpulan pertama kawasan dibuka untuk menoreh, kami akan mencapai produktiviti hasil tahunan yang disasarkan sebanyak 1.8 tan sehektar. Ini akan menjadi pemulihan yang luar biasa bagi industri getah huluan.
Selaras dengan perancangan bekalan, adalah sama pentingnya permintaan domestik dirangsang untuk menggunakan pengeluaran yang meningkat. Untuk menyokong produk berasaskan lateks, prasarana pengumpulan lateks perlu diselaraskan untuk menyediakan kompaun lateks dengan harga berdaya saing dan menangani isu bekalan bahan mentah domestik yang mencukupi. Kita juga tidak sepatutnya berpuas hati dengan pencapaian kita dalam pegangan pasaran global dan terus membina kejayaan dengan meningkatkan pertumbuhan bagi menghadapi persaingan masa depan dari kedudukan yang kuat.
Sementara itu, syarikat getah kering memerlukan bantuan untuk dihubungkan dengan rantaian bekalan industri di mana terdapat pasaran domestik yang besar dalam produk getah perindustrian dan kejuruteraan seperti hos industri untuk sektor minyak dan gas, peredam dan fenders untuk marin dan Penerbangan MRO. Pengeluaran kenderaan Proton dan Geely yang akan datang di Tanjung Malim, juga boleh memberi rangsangan kepada pengilang bahagian automotif getah. Mempunyai asas domestik yang kukuh adalah kritikal untuk pembangunan teknologi dan berskala untuk meletakkan pengeluar ini untuk pasaran serantau dan global yang berdaya saing.
Sehubungan itu, penyelidikan dan pembangunan (R & D) perlu diperbaharui untuk meningkatkan penggunaan getah domestik dalam bidang kritikal seperti bahan canggih, pembangunan produk dan teknologi pemprosesan. Sebagai contoh, bahan graphene sebagai sejenis aditif untuk getah boleh mengukuhkan sifat getah seperti peningkatan kekuatan, kekonduksian yang baik dan ketidakresapan yang lebih tinggi untuk kedua-dua produk getah kering dan berasaskan lateks. Inisiatif ini telah diusahakan di bawah Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan 2020 yang diketuai oleh Nano Malaysia untuk memudahkan R&D tahap akhir, membuat prototaip dan pengkomersilan produk getah berasaskan graphene.
🔥'Gila mengenai getah'🔥
Sejarah silam getah yang berwarna-warni bukan sahaja merupakan sumber kehidupan untuk nenek moyang kita, bahkan meletakkan asas yang menjadikan pembangunan ekonomi Malaysia sekukuh mungkin hari ini. Mungkin sinarnya mulai malap, tetapi dengan mencari bidang pertumbuhan baharu pastinya bukan impian yang mustahil. Sebagai penanda aras dunia Standard Malaysian Rubber dan seperti yang terbukti dengan kejayaan perniagaan sarung tangan dan kondom.
Sama seperti Ridley, sudah tiba masanya untuk kita menjadi 'gila' mengenai getah. Jom, jadikan getah lebih hebat.
Oleh Datuk Seri Mah Siew Keong
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/08/312295/jadikan-getah-komoditi-lebih-hebat
0 Komentar untuk " Jadikan getah komoditi lebih hebat "