JM Bariani perkenal produk sejuk beku - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

JM Bariani perkenal produk sejuk beku



JM Bariani House Sdn Bhd (JM Bariani House), pengendali rangkaian Restoran JM Bariani House melancarkan produk sedia dimakan menggunakan teknologi 'retort' dijangka pada suku pertama 2018, melibatkan pelaburan lebih RM1 juta.

Pengarah Urusannya, Datuk Zulkarnain Mustapa berkata, produk sedia dimakan itu merangkumi hidangan utama di restoran itu seperti nasi beriani ayam, ayam merah dan daging.

"Pengenalan produk baharu ini selaras dengan usaha syarikat dalam mengembangkan rangkaian produk kepada pelanggan dan bagi memenuhi permintaan tinggi produk sedia dimakan di pasaran.

"Pada masa ini, kami dalam peringkat akhir pembangunan dan penyelidikan serta menggunakan peralatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dalam pembuatan produk ini. Jika permintaan tinggi di pasaran, kami merancang untuk membuka kilang sendiri pada masa akan datang," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya.

Selain produk sedia dimakan, Zulkarnain berkata, syarikat itu juga keluarkan nasi beriani sejuk beku yang dijual di 13 cawangannya di seluruh negara sejak enam bulan lalu.

"Walaupun masih baharu, produk sejuk beku JM Bariani House menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan kerana ia memudahkan pengguna dalam penyediaan makanan.

"Produk sejuk beku JM Bariani House ini tahan enam bulan saja. Sebab itu kita keluarkan rangkaian produk sedia dimakan guna teknologi 'retort' yang mampu bertahan selama dua tahun," katanya.

Tahun depan, JM Bariani House juga bakal buka dua cawangan baharu di Bangi dan Aeon Rawang, Selangor, melibatkan pelaburan RM200,000 setiap premis perniagaan.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jm-bariani-perkenal-produk-sejuk-beku-1.776631
0 Komentar untuk " JM Bariani perkenal produk sejuk beku "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ