Tip pengguna elak ditipu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tip pengguna elak ditipu

PENGGUNA yang ingin membeli belah secara atas talian dinasihatkan supaya melakukan semakan mengenai syarikat tersebut sama ada berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak untuk mengelakkan penipuan.

Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (Puim), Mohd Azrul Mohd Nor berkata, pengguna juga dinasihatkan melihat status testimoni setiap barangan atau perkhidmatan disedia dalam perniagaan online.

"Ini membantu pengguna membuat penilaian sebelum beli barang dan perkhidmatan disediakan. Pengguna juga dinasihatkan melakukan pembelian dengan memastikan laman web perniagaan online tersebut mempunyai logo Puim bagi mengelakkan penipuan dan kerugian," katanya kepada Sinar Harian.

Sejak kebelakangan ini, mangsa penipuan perniagaan online bertambah dan jumlah kerugian meningkat terutama melibatkan barang diimport.

Menurutnya, nombor siri dan logo Puim merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan internet disahkan pihak persatuan dan hal pengguna dapat dilindungi.

“Buat masa ini, sejumlah 3,000 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet telah mendapat logo Puim.

“Sekiranya pelanggan berdepan penipuan atau masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui Puim dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Puim tidak menolak sikap pengguna sendiri juga menjadi punca mereka ditipu antaranya mudah gelap mata dengan harga dan pakej yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran.

"Antara yang menjadi mangsa penipuan perniagaan online melibatkan aksesori, pakaian wanita, produk kesihatan dan kosmetik serta pelancongan.

"Ada juga mangsa penipuan Internet ditipu warga asing yang licik menjalankan perniagaan dengan menyamar agensi kerajaan, sekali gus menyebabkan pengguna terpedaya dengan kerugian yang banyak" katanya.

Tambahnya, pengguna juga boleh menyemak perniagaan online di laman sesawang dengan menaip 'semak penipu' kerana ia akan memaparkan nombor akaun yang digunakan dan bergiat aktif menipu pengguna.

0 Komentar untuk " Tip pengguna elak ditipu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ