GOLONGAN wanita yang berhadapan masalah keputihan, haid tidak teratur dan kulit muka bermasalah jerawat atau jeragat boleh mengamalkan minuman kesihatan dan kecantikan Snowcells.
Pengasasnya, Datin Ruby Arshad berkata, produknya yang berasaskan madu kelulut dan sarang burung itu juga mampu memberikan tenaga bagi wanita aktif.
Menurutnya, hasil testimoni yang dijalankan rata-rata pengguna sangat berpuas hati dengan produk itu kerana berjaya menyelesaikan masalah dalaman wanita.
“Produk telah dihasilkan sejak 2014 dan dikilangkan di pusat pengeluaran yang disahkan ISO dan Good Manufacturing Practice (GMP)," katanya pada program Santai Ria Snowcells Health and Beauty di Selayang Mall, dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.
Ruby berkata, pelanggan boleh mendapatkan produk itu di pusat kecantikan Snowcare di Dataran Templer Bandar Baru Selayang.
“Tahun ini kita akan adakan siri jelajah ke seluruh negara dan membuka cawangan baru di setiap negeri sebagai salah satu rangka promosi kepada pelanggan luar,” katanya.
Beliau berkata, minuman kesihatan Snowcells juga sesuai diamalkan bagi ibu yang baru bersalin.
“Kebiasaannya wanita yang baru bersalin menghadapi masalah kesukaran membuang air besar atau sembelit boleh mencubanya.
“Ia juga turut boleh digunakan untuk golongan lelaki terutama menghadapi masalah lutut, sendi atau bintik kolesterol,” katanya.
Selain minuman kesihatan, beliau turut mengeluarkan produk kecantikan pencuci muka, pelembap dan krim pemutih secara set atau berasingan.
Jelasnya, produk yang dihasilkan adalah selamat digunakan dan ilham mengeluarkan produk sendiri adalah hasil pengalamannya yang terlibat dalam bidang itu.
Dalam masa terdekat katanya, Snoecell bakal mengeluarkan produk berasas kulit kayu manis bagi mengatasi masalah kulit muka terutama parut jerawat.
"Snowcell berusaha untuk menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.snowcells.com.

0 Komentar untuk " Sihat dengan Snowcells "