Bikaya inspirasi Fanny Muchlis - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bikaya inspirasi Fanny Muchlis

APA dicapai Pengasas Bikaya, Fanny Muchlis atau Fanny Mono Vina bukanlah kebetulan dan bersandarkan untung nasib sahaja. Kejayaannya hasil usaha, kesabaran serta semangat untuk menjadikan pengusaha butik berjaya.

Menurut Fanny Muchlis, dia tidak menyangka butiknya yang diberi nama Bikaya berjaya dan jenamanya meniti di bibir pencinta hijab yang mahu cantik, ringkas dan bergaya.

Katanya, ia bermula dengan hobinya menjahit gaun kanak-kanak pada 2006 di mana pada mas itu sekadar memenuhi masa lapang.

“Selepas berkahwin, saya meninggalkan kerjaya akauntan di Indonesia dan ditawarkan menjadi juruaudit di negara ini, tetapi saya menolak kerana mengandung.

"Ketika itu, saya tidak boleh duduk diam dan menjahit adalah jiwa saya. Jadi, saya beranikan diri melabur RM100 membeli kain dan material untuk jahit gaun bayi.

Mulanya, sekadar suka-suka dan meletakkannya di blog dan forum, alhamdulillah, rekaan saya mendapat pujian dan ada yang berminat untuk menempah,” katanya yang berasal dari Batam, Indonesia.

Fanny Muchlis berkata, selepas menerima banyak tempahan pakaian bayi dan kanak-kanak yang dijual secara atas talian, dia mula berniaga pakaian, sulaman dari Indonesia di bawah jenama MMLY yang beroperasi di Damansara Damai, Selangor.

“Saya belajar selok-belok perniagaan dan nekad menjual gaun di kedai yang disewakan di Seksyen 7, Shah Alam pada Ramadan 2012.

“Alhamdulillah, jualan di luar jangkaan dan ia memberi motivasi kepada saya untuk terus berniaga di situ,” katanya.

Sering ditanya mengenai tudung dan selendang untuk disuai padan dengan gaun dan jubah yang dijual menyebabkan Fanny Muchlis mengambil keputusan menjual tudung dan selendang.

Sementelah ia turut mendapat sokongan suami tercinta, Muhamad Hallemy Sulaiman.

“Saya guna jenama Bikaya kepada perniagaan tudung dan selendang serta pakaian.

Alhamdulillah, jualan Bikaya memberangsangkan walaupun hanya beberapa bulan dalam pasaran.

“Saya anggap tudung dan selendang sebagai anak kecil kerana ia idea sendiri, pemilihan fabrik dan material serta warna pastel dipilih sendiri. Saya serah sepenuh jiwa dalam menghasilkan produk Bikaya,” katanya

Lebih 100 rekaan

Tidak pernah berbangga malah selesa dengan apa dimilikinya, Fanny Muchlis nekad mempelbagaikan rekaan.

“Setakat ini, lebih 100 rekaan selendang dan ia mendapat sentuhan daripada saya. Saya ingat setiap jenama Bikaya antaranya Zura, Zara, Tara, Fini, Delta dan Brick.

“Rekaan pakaian pula ialah Lea dan Bian. Setiap koleksi dihasilkan mempunyai penggemar tersendiri. Koleksi selendang paling laris adalah Brick,” katanya yang memberitahu Bikaya boleh didapati di Butik Vendville, Kota Damansara dan Kuantan serta Physicon di Bangi Sentral.

Turut menitikberatkan pemilihan fabrik dan material, Fanny Muchlis memberitahu, ia diimport khas dari Eropah, Indonesia dan Korea.

“Saya melakukan aktiviti pengeluaran di belakang butik Bikaya sahaja dengan menggaji lima pekerja. Kadang-kadang saya jahit sendiri jika perlukan kapasiti pengeluaran tinggi.

“Ia cabaran kepada saya untuk memastikan ia berjalan lancar. Saya cerewet terutama jahitan harus kemas kerana ia adalah perkara penting dalam jahitan,” kata ibu kepada tiga cahaya mata.

Hadapi cabaran

Lumrah dalam bidang perniagaan, Fanny Muchlis mengakui dia juga berdepan pelbagai cabaran “Kadang-kadang pembekal ambil masa lama untuk hantar material, menaikkan harga dan sebagainya.

Dalam keadaan tersepit, saya perlu membayar kos yang tinggi dan berdepan dengan pekerja yang berhenti,” katanya.

Baginya, dalam perniagaan mesti bersungguh-sungguh dan menghasilkan produk Bikaya menggunakan material berkualiti serta mempertaruhkan rekaan yang menepati cita rasa pelbagai peringkat pelanggan.

0 Komentar untuk " Bikaya inspirasi Fanny Muchlis "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ