PROSES pengajaran dan pembelajaran yang Qurani sifatnya dan dikuti dengan proses kefahaman dan pemikiran tetapi menuntut berlakunya internalisasi atau penyerapan yang membawa kesan penghayatan.
Kesan penghayatan inilah yang menjadi isu apabila kita melakukan ibadah khususi yang sifatnya ritual atau rohaniah tetapi kurang berkesan dari sudut amalan dan penghayatan.
Keindahan Islam seharusnya terlihat pada amal dan perbuatan. Sayangnya terdapat amalan solat lain, tetapi jiwa rukuk dan sujud dalam kehidupan seharian suatu hal yang lain pula.
Internalisasi atau penyerapan ialah suatu proses akliah dan nakliah. Bagaimana kesan pemikiran dan hubungannya dengan hati terjadi. Lalu timbul kesedaran dan keinsafan tinggi yang membimbing ke arah amalan.
Bila al-Quran mengungkapkan Illallazi na’amanu waamilussalihat terlihat pancaran iman pada amal, perbuatan, watak dan tabiat.
Bila disebut Allahuakbar keyakinan diri dan hati ialah ALLAH Maha Mencipta dan Berkuasa atas Segala. Bila diungkapkan kalimah Adil wal ihsan ia tercermin dalam watak, perbuatan dan amalan. Ini bermakna kesan penghayatan terjadi.
Proses internalisasi merujuk kepada dua faktor. Pertama bagaimana faktor akliah mampu menyaring ilmu-ilmu yang benar dan bermanfaat. Kedua bagaimana ilmu yang benar dan bermanfaat menyantuni hati dan jiwa. Ia mempertautkan fikir dan zikir supaya tautan akal dan hati membawa kesan amal dan penghayatan.
Islam tidak saja agama yang menyangkut isu kepercayaan dan keyakinan tetapi juga memberi pedoman kepada cara hidup. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam Islam tidak saja memberi fokus mengenai aqidah, ibadah, syariah dan akhlak tetapi manifestasi prinsip-prinsip itu perlu dilihat dalam amal dan penghayatan. Proses terjadinya hal sedemikian bergantung kepada faktor internalisasi.
Internalisasi dalam bahasa mudah ialah berlakunya hubung kait antara faktor akal dan faktor hati yang memandu seorang ke arah amalan. Keindahan citra Islam tidak saja terlihat daripada binaan fikrah semata-mata tetapi bagaimana tautan fikrah dan hati berlaku.
Maklumat yang benar dan ilmu yang bermanfaat adalah sesuatu yang fitrah. Ia terhubung dengan hati yang juga fitrah dan memiliki keserasian dalam proses internalisasi dan menjadi pedoman kepada setiap amal.
Fikrah Islami menyatakan, menyebarkan maklumat yang salah dan tidak bermanfaat adalah sesuatu yang menyalahi. Fitrah hati bakal menolak ia sebagai menyalahi dan jika dijadikan pedoman dalam amalan bakal membawa akibat yang buruk.
Fitrah hati terkandung niat yang baik. Dalam tradisi Islam niat itu adalah sumber amal. Berlaku adil dan amanah kepada ilmu yang benar dan bermanfaat bila terhubung dengan hati dan niat ia memiliki keserasian. Keserasian ini bila menjadi sumber amal ia bakal menghasilkan kebaikan.
Sebab itu faktor akal yang menjana ilmu hasil pengajaran-pembelajaran, pengalaman, pembacaan dan analisis perlu memiliki sandaran dan rujukan. Sekiranya al-Quran dan as Sunnah dijadikan sumber rujukan dalam membangun fikir proses internalisasi bakal terjadi secara fitrah.
Sebaliknya jika penjanaan maklumat dan ilmu hanya bersandarkan faktor rasional semata-mata ia belum sempurna dan lengkap.
Pemikiran mengenai maju yang dirujuk dengan faktor sains dan teknologi semata-mata lebih bersifat alat dan tidak memberi petunjuk maju yang sebenar. Sekiranya maju itu dilihat bermula dengan pembangunan rijal atau manusia secara menyeluruh ia memberi asas makna maju yang sebenarnya.
Majunya manusia diukur dengan ilmu yang benar dan bermanfaat yang disebarkannya dan apabila berlaku proses internalisasi hati akan jadi serasi dan bila manusia mengamalkan nilai-nilai baik yang datangnya dari hati dan niat amalan bakal memancarkan kebaikan dan kemurniaan jua.
Sains dan teknologi selamanya alat. Ia bukan matlamat dalam kehidupan. Kualiti manusia yang berakhlak bakal menguruskan alat supaya ia jangan disalahgunakan. Seperti yang diungkapkan oleh al-Quran bahawa kerosakan alam ini adalah akibat perbuatan tangan-tangan manusia.
Sebab itu pembangunan manusia seutuhnya adalah pertimbangan paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor internalisasi menjadi terlalu penting bagi manusia lantaran pedoman fikir dan zikir bakal memberikan keserasian yang baik.
Apabila keserasian proses ini terjadi, amalan manusia bakal terpedoman kerana pembangunan fikrah seiring dengan pembangunan hati dan niat dan bakal diterjemahkan dalam amal secara baik juga. Amalan yang baik bakal terlihat sekiranya fikrah yang makruf ditemukan dengan hati yang fitrah.
* Prof Datuk Dr Sidek Baba, Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Al-Quran dan keperluan internalisasi "