SegiFresh2U bantu peniaga jimat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

SegiFresh2U bantu peniaga jimat

SEGI Fresh  Hypermarket  tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya dengan  melancarkan portal jualan atas talian SegiFresh2U  yang  menyasarkan golongan perniagaan dalam industri makanan dan peniaga lain menggunakan perkhidmatan itu.

Ketua Unit Perniagaan Segi Fresh, Fong Leong berkata, portal www.segifresh2U.com berkenaan menjadi inisiatif untuk membantu  memastikan kos barangan yang dijual selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April ini, kekal rendah dan berdaya saing.

Katanya, ia kerana perkhidmatan SegiFresh2U telah membantu peniaga menjimatkan kos perniagaan mereka.

“Ini kemudahan disediakan Segi Fresh  untuk peniaga beli  barangan secara pukal bagi mengurangkan kos perniagaan khususnya logistik.

“Begitu juga penggguna yang berhasrat membeli barangan secara pukal boleh menggunakan perkhidmatan portal  ini.Ia kaedah mudah,” katanya pada sidang  akhbar ekslusif bersama media tempatan di Segi Fresh cawangan  Balakong,  semalam.

Menjelaskan lebih lanjut cara menggunakan  portal itu Fong berkata, para peniaga boleh membuat tempahan secara online pada harga yang sama jika membuat  pembelian secara  terus dari  pasar raya.

“Tetapi kelebihannya,  penghantaran  termasuk perkhidmatan mengangkut barang adalah percuma dan ini secara langsung membantu peniaga mengurangkan kos perniagaan, membeli secara kredit  sekali gus  menjimatkan masa peniaga. Dalam bahasa mudah, hingga ke pintu dapur kami hantar barang,”  katanya sambil berseloroh.

Tambah Fong, minimum tempahan melalui portal tersebut  adalah RM1,000 dan maklum balas terhadap tempahan  akan diberikan kepada peniaga dalam tempoh 24 jam.

Menurut Fong,  selepas dilancarkan Sabtu lalu Segi Fresh cawangan Balakong  terlebih dahulu memulakan perkhidmatan tersebut dan menjangkakan cawangan lain akan sepenuhnya menggunakan perkhidmatan itu Jun ini.

Pada masa ini, SegiFresh2U memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Balakong dan Kajang sebagai permulaan dan akan dikembangkan ke cawangan  lain di Selayang,  Batu Caves, Kayu Ara, Subang, Telok Panglima Garang, Pudu, Cheras dan Ampang.

“Pelaksanaan ini adalah secara berperingkat dan pada peringkat awal ini  kami terlebih dulu menyasarkan peniaga di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Sudah seramai 50 peniaga  mendaftar  setakat ini  dan kita menyasarkan 2,000 peniaga mendaftar sehingga Jun depan,” katanya.

Fong berkata, pengenalan kaedah berkenaan adalah masa tepat bagi Segi Fresh yang telah berada lebih dari 20 tahun dalam perniagaan runcit dan borong bagi membantu rakyat yang sedang dibelenggu kebimbangan terhadap perlaksanaan GST.

Ini inisitaif Segi Fresh  dalam membantu peniaga menambah nilai perniagaan para peniaga iaitu selaras dengan visi Segi Fresh untuk menyediakan tawaran harga terbaik kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

0 Komentar untuk " SegiFresh2U bantu peniaga jimat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ