Keluar produk jenama sendiri bulan depan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Keluar produk jenama sendiri bulan depan

SELEPAS dua tahun menerima tempahan jahitan tudung, Deen Nisa Homebiz Enterprise, menerusi Sew Nice Bulk Tailoring Mini Factory (Sew Nice Bulk Tailoring) merancang mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan jenama ‘shawl’ sendiri, bulan depan.

Pengurus Besarnya, Dr Hanisa Azman berkata, bagi permulaan, syarikat itu berhasrat menjualnya secara dalam talian (online), sebelum membuka kedai di Shah Alam, menjelang hujung tahun ini.

“Ketika ini, Sew Nice Bulk Tailoring Mini Factory hanya ambil upah menjahit tudung, ‘shawl’ dan niqab pelbagai jenama lain yang ditempah peniaga butik dan online serta bazar secara pukal.

“Kami berhasrat membangunkan jenama ‘shawl’ sendiri sebagai salah satu usaha mengembangkan perniagaan,” katanya.

Hanisa berkata, Sew Nice Bulk Tailoring akan fokus kepada pengeluaran ‘instant shawl’ yang menjadi trend pada masa ini.

“Sasaran pelanggan kami berusia antara 20 dan 40 tahun kerana mereka merupakan golongan aktif, bekerja dan terdedah kepada akses Internet untuk buat pembelian online.

“Kelainannya, kami akan gunakan material yang lembut dari ‘Italian Chiffon Georgette’ dengan perincian batu-batu ‘hotfix swarovski’ yang minima pada bahagian kepala dan jurainya,” katanya.

Bagi menjamin produktiviti pengeluaran dan kualiti ‘shawl’ yang dihasilkan, beliau berkata, syarikat itu akan menambah bilangan kakitangan.

0 Komentar untuk " Keluar produk jenama sendiri bulan depan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ