FoodMarket bantu usahawan kecil - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

FoodMarket bantu usahawan kecil

KITA sering mendengar laman web membeli belah dalam talian (online) seperti Zalora dan FashionValet yang menawarkan pakaian kepada pembeli.

Tetapi mungkin ada segelintir pihak belum pernah mendengar sebuah laman web dipanggil FoodMarket yang diusahakan oleh anak tempatan yang menjual produk makanan secara online.

Apa yang menarik, FoodMarket membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta persatuan-persatuan kecil menjual produk makanan mereka secara online.

Pengurus FoodMarket, Ahmad Amaluddin Mohd Azman berkata, buat masa ini terdapat lebih daripada 300 pembekal makanan di bawah FoodMarket.

“Mereka terdiri daripada peniaga kecil dari Instagram, Facebook, kumpulan dan persatuan kecil serta golongan Asnaf Zakat yang dalam proses untuk menjual produk mereka melalui FoodMarket.

“Apabila kami wujudkan FoodMarket, objektifnya adalah mewujudkan aktiviti berkelompok yang memberi tumpuan kepada makanan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ditanya mengenai pelaburan mewujudkan FoodMarket Ahmad Amaluddin berkata, ia menelan hampir RM50,000 dengan tempoh setahun bagi membangunkannya.

“Walaupun masih baru dibuka Januari lalu, sambutan yang diterima menggalakkan memandangkan kami memperoleh jualan hampir RM10,000 bagi bulan pertama operasi.

“Dengan sambutan kami terima, saya menyasarkan FoodMarket mampu memperoleh jualan sehingga RM500,000 bagi tahun ini terutamanya apabila kami mempelbagaikan lagi produk untuk dijual,” katanya.

Buat masa ini, produk makanan kampung seperti sambal hitam Pahang, sambal strawberi ikan masin, tempoyak, budu, jeruk petai mendapat sambutan luar biasa dari pengguna.

0 Komentar untuk " FoodMarket bantu usahawan kecil "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ