Awasi pergerakan anak-anak - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Awasi pergerakan anak-anak

PEDOFILIA merupakan gangguan psikiatri melibatkan orientasi seksual yang mana kebanyakan pedophile boleh menjadi seperti heteroseksualiti, homoseksual atau biseksual.

Ia melibatkan rangsangan erotik, fantasi dan tarikan seksual terhadap kanak-kanak. Bedasarkan DSM-III (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) dan  Persatuan Psikiatri Amerika, 1987) menyenaraikan ciri-ciri dan kriteria penting pedofilia sebagai berulang-ulang, dorongan seksual, kebangkitan fantasi dan hubungan seks serta berlaku sekurang-kurangnya tempoh enam bulan.

Ia melibatkan aktiviti seksual terhadap kanak-kanak yang umumnya berumur 13 tahun ke bawah.

Pelakunya ialah 16 tahun ke atas, sekurang-kurangnya 5 tahun lebih tua daripada mangsa dan mempunyai kepentingan seksual yang kekal dan eksklusif pada kanak-kanak.

Tindakan pedophiles berbeza-beza, rujukan daripada DSM - IV menyatakan beberapa pedophiles :

1) hanya melihat dan tidak menyentuh kanak-kanak itu

2) hanya mahu menyentuh atau menanggalkan pakaian kanak-kanak itu.

3) hanya mempamerkan alat kelamin dan tubuh badan, tetapi biasanya exhibitionists atau pelaku yang mempamerkan ini tidak mendekati kanak-kanak secara seksual.

Namun apabila aktiviti seksual yang berlaku, ia selalunya melibatkan seks oral atau menyentuh kemaluan kanak-kanak itu atau pelakunya. Dalam kebanyakan kes (kecuali sumbang mahram), pedophiles tidak memerlukan penembusan (penetration).

Apabila pedophile yang menuntut penembusan (penetration), mereka akan menggunakan ancaman atau kekerasan.

Mangsa-mangsa dalam kes ini adalah kanak-kanak yang lebih tua biasanya. Kebanyakan pedophiles tidak memaksa kanak-kanak itu malah mereka menggunakan pendekatan pujukan, tipu daya dan hubungan persahabatan.

Tingkah laku seksual pedophile adalah satu jenayah kejam yang dilakukan terhadap mangsa tidak berdaya seperti kanak-kanak.

Dalam kebanyakan kes, ianya memberi kesan negatif terhadap psikologi dan hubungan interpersonal akibat pengalaman trauma yang dialami mangsa kanak-kanak tersebut. Berdasarkan kajian, pelaku penderaan seksual kanak-kanak sering mendakwa bahawa mereka sendiri pernah menjadi mangsa penderaan seksual kanak-kanak.

Selain itu, antara faktor-faktor pedofilia adalah disebabkan mendapat pendedahan tentang seksual terlalu awal dan tidak dikawal melalui video porno mahupun pengalaman diri sendiri, pernah menjadi mangsa penderaan seksual, mengalami patologi biologi tertentu (contohnya sindrom Klinefelter atau Hermaphrodisme), keabnormalan hormon dan kecacatan genetik, hiperseksualiti atau keinginan nafsu seks yang tinggi, penghidap penyakit mental tertentu dan struktur kerosakan otak boleh menjadi punca serta faktor yang menyumbang. Namun bagi penghidap penyakit mental kejayaan rawatan psikosis biasanya akan menghentikan tingkah laku pedophilic tersebut.

Pedophile (Pelaku) biasanya tidak mendapat kepuasan dalam hubungan seks dewasa dan berkemungkinan besar mempunyai harga diri yang rendah, mereka mendapati aktiviti seksual terhadap kanak-kanak kurang mengancam dan mengganggu gugat penghargaan kendiri mereka.

Rujukan daripada DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) kes pedofilia amat jarang berlaku di kalangan wanita dan kebanyakan pedophiles adalah lelaki yang kebiasaannya adalah ahli keluarga, jiran dan kawan.

Kebanyakan sasaran dan mangsa juga adalah kanak-kanak perempuan. Namun terdapat juga kes-kes pedofilia terhadap kanak-kanak lelaki.

Justeru, ibu bapa perlu awasi anak-anak dan sentiasa memantau keadaan mereka sepanjang masa.

0 Komentar untuk " Awasi pergerakan anak-anak "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ