BLOGGER Salbani Ashaari atau lebih dikenali sebagai Ben Ashaari menceritakan, beliau menulis blog atas dorongan isterinya.
"Ketika mula menulis blog, saya masih bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (kontrak) di Kementerian Pelancongan Malaysia. Isteri memahami apa saya buat ketika itu dan dia terus beri dorongan,” katanya.
“Alhamdulillah pada akhir 2009 impian saya menjadi kenyataan walau sekadar menulis di alam maya tetapi saya berjaya menonjolkan diri di kalangan blogger lain,” katanya.
Menurut Ben blognya mempunyai lebih 27,000 pengikut di mana dalam sehari blognya dikunjungi 3,000 ke 4,000 pembaca atau lebih dari itu bergantung post ditulisnya.
Ditanya mengenai kaedah menjana pendapatan dari blognya, Ben menjawab terdapat dua cara iaitu pengiklanan di banner dan juga artikel mengenai pandangan produk.
“Alhamdulillah dari masa ke semasa saya sentiasa dihujani pertanyaan melalui emel mengenai pengiklanan di blog saya.
“Walaupun pendapatan tidak tetap tetapi memadai kerana saya hanya kerja dari rumah,” katanya.
Beliau berkata, antara syarikat besar pernah mengiklankan produk di blognya adalah Petronas, Shell, Pioneer, Nokia, Sony dan Honda.
“Paling menarik apabila AirAsia menaja perbelanjaan saya ke Paris dan Toulouse, Perancis pada Ogos lalu,” katanya.
Menurutnya, pendapatan pada awalnya bukan seperti sekarang.
"Walaupun ketika itu trafik saya tinggi tetapi faktor kurang dikenali membuatkan blog saya tidak mendapat perhatian syarikat besar.
“Setelah bertukar pandangan dan bertanya tip dari rakan senior, barulah saya tahu bagaimana nak dapatkan pulangan lumayan dari blog,” katanya.

0 Komentar untuk " Blogger jana pendapatan menerusi iklan "