Peniaga perlu bijak promosi produk - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Peniaga perlu bijak promosi produk

Dalam Bahagian satu Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mendakwa masih wujud diskriminasi produk PKS di pasar raya besar. Dalam bahagian ini beberapa tip dikongsikan oleh usahawan PKS yang telah berjaya menembusi pasar raya besar dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) turut menarik perhatian kerajaan bagi membentuk satu Jawatankuasa Khas Pemantau agar tiada lagi PKS yang ditindas. Ikuti laporan daripada wartawan Sinar Harian, NOOR AINULYAKIN MD ISHAK, ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD dan SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR mengenai perkara itu.
BENARKAH produk Bumiputera sedikit sahaja jumlahnya di pasar raya besar seluruh negara? Seperti komen yang diperoleh daripada pengusaha Bumiputera sendiri, mereka seakan mengiakan produk Bumiputera termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agak sukar ditempatkan di pasar raya.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di tiga pasar raya besar juga, sememangnya produk Bumiputera terutama produk makanan didapati sedikit berbanding jenama bukan Bumiputera. Justeru persoalan  sukarkah produk Bumiputera masuk ke pasar raya besar?

Adakah pengusaha Bumiputera didiskriminasikan?Adakah syarat yang dikenakan kepada PKS Bumiputera lebih ketat daripada syarikat lain?

Segalanya dijelaskan oleh Pegawai Bahagian Pembelian PKS Mydin,  Mohd Sazrisham Mohd Nor yang mengakui, produk PKS Bumiputera memang sedikit jumlahnya berbanding produk syarikat lain di Mydin terutamanya.

Namun katanya, jika tuduhan diskriminasi dan syarat dikenakan itu ketat, Sazrisham menafikan.

Apa yang diperhatikan selama bertugas di bahagian itu, punca produk PKS sedikit kerana kebanyakan PKS gemar menghasilkan produk yang sama menyebabkan tempat terhad di setiap pasar raya.

“Misalnya di Mydin kebanyakan produk PKS antaranya produk kerepek, kicap, sos, jus buah-buahan, makanan sejuk beku, kosmetik dan ubat-ubatan serta serbuk minuman segera.

“Lambakan produk seperti itu, tidak dapat diterima oleh pasar raya besar kerana tempat pamer setiap produk adalah terhad dan hanya yang betul-betul patuh syarat akan diterima,” katanya.

Beliau menganggarkan peratusan produk Bumiputera yang dipamer di Mydin cuma lebih kurang 14 peratus sahaja daripada semua produk.

0 Komentar untuk " Peniaga perlu bijak promosi produk "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ