IBADAH jihad seperti ibadah yang lain, mempunyai kaedah dan tatacara yang perlu dipatuhi ketika melaksanakannya. Ia bukan suatu ibadah yang berdiri atas semangat dan emosi yang melulu tanpa batasan. Ia juga bukan slogan kosong yang dilaungkan tanpa makna dan erti. Sejauh mana benarnya mereka meniupkan semboyan jihad pada hari ini? Itu adalah suatu persoalan yang perlu dinilai dengan dalil syarak dan pandangan ulama yang muktabar. Sudahkah umat Islam bersedia untuknya? Bolehkan musuh yang lengkap bersenjata canggih diperangi? Ini adalah sebahagian persoalan mengenai jihad yang akan dibahaskan dalam tulisan ini.
Kerah usaha, tenaga
Dalam bahasa Arab, jihad berasal daripada perkataan juhdu atau jahdu yang membawa maksud tenaga atau kesusahan. Adapun jihad, ia menjurus kepada makna mengerah usaha dan tenaga. (Mukhtaar Al-Sihah, 1/119)
Dari sudut syarak pula, terdapat dua erti jihad. Jihad secara umumnya membawa maksud mengerah usaha dan tenaga dalam apa yang disukai ALLAH dan diredai-Nya. (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, 10/92)
Adapun secara khas, jihad membawa maksud ‘mengerah usaha dan tenaga berperang pada jalan ALLAH dengan nyawa, harta, senjata dan selainnya’. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Berjihadlah menentang orang musyrikin dengan harta, nyawa dan lidah kamu”. (Riwayat Abu Daud, sahih)
Peringkat jihad
Berdasarkan erti jihad mengikut definisinya umum dan khusus, Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H) dalam kitabnya Zaadul Ma’aad, 3/9 membahagikan jihad kepada empat peringkat:
Peringkat pertama: Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu adalah jihad pertama yang perlu dilaksanakan oleh Muslim sebelum dia beranjak ke peringkat jihad yang berikutnya. Ia terbahagi kepada empat:
Jihad dalam menuntut ilmu kebenaran dan agama yang hak
Jihad dalam mempraktikkan ilmu yang telah diperoleh
Jihad dalam berdakwah menyebarkan ilmu
Jihad dalam bersabar menanggung rintangan berdakwah pada Jalan ALLAH
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Orang yang berjihad adalah orang yang berjihad melawan nafsunya dalam mentaati ALLAH”. (Riwayat Imam Ahmad, sahih)
Peringkat Kedua: Jihad melawan syaitan Ia terbahagi kepada dua:
Jihad dalam menangani syubhah yang dilemparkan
Jihad dalam berdepan dengan godaan syahwat.
Dianggap sebagai jihad kedua yang paling susah sesudah jihad melawan nafsu memandangkan Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia sebagaimana darah mengalir dalam tubuh badannya”. (Riwayat Bukhari &
Muslim)
Seseorang itu tidak akan berjaya dalam peringkat jihad berikutnya melainkan dia berjaya dalam kedua-dua peringkat jihad yang pertama ini.
Peringkat Ketiga: Jihad menentang golongan munafik. Ia terbahagi kepada empat iaitu:
Jihad dengan hati
Jihad dengan lidah
Jihad dengan harta
Jihad dengan nyawa
Bagaimanapun, jihad menentang golongan Munafik lebih tertumpu kepada lidah kerana golongan ini kufur dalam hati tetapi menzahirkan Islam. Maka penjelasan dan hujah perlu diberikan untuk menangkis syubhah mereka.
Berkata Ibnu Al-Qayyim RHM (wafat 751H): “Jihad orang munafikin lebih susah daripada jihad orang kafir. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang berkeahlian (golongan yang berilmu) dalam kalangan umat Islam”. (Zaadul Ma’aad, 3/5) Peringkat
Keempat: Jihad menentang golongan ahli bidaah dan pelaku maksiat. Ia terbahagi kepada tiga:
Jihad dengan tangan mencegah perbuatan bidaah atau maksiat yang mereka lakukan; jika tidak mampu
Jihad dengan lidah menegur perbuatan salah mereka; dan jika tidak mampu
Jihad dengan hati dengan mengingkari perbuatan mereka dan membencinya.
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya; jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya; dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman”. (Riwayat Muslim) Peringkat Kelima: Berperang pada jalan ALLAH demi menegakkan kalimah ALLAH. Ini yang dimaksudkan dengan jihad dalam erti katanya yang khusus. Firman-Nya: “Dan perangilah orang-orang musyrikin secara menyeluruh (Surah At-Taubah: 36) Sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali ALLAH” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hikmah pensyariatan jihad
1. Untuk menegakkan kalimah ALLAH agar agama semua menjadi milik ALLAH. Firman ALLAH: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) agama itu menjadi semata-mata kerana ALLAH. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Baqarah: 193) Sabda Nabi SAW, “Sesiapa berjuang supaya kalimah ALLAH menjadi yang paling tinggi maka dia fi sabilillah (pada Jalan ALLAH)”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
2. Menghalang kezaliman dan memelihara agama Islam. Firman ALLAH: “Maka barang siapa melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu setimpal dengan pencerobohan yang dilakukannya terhadap kamu”. (Surah Al-Baqarah: 194) 3. Membantu mereka yang dizalimi dalam kalangan orang Islam. Firman ALLAH: “Dan apakah yang menghalang kamu tidak mahu berperang pada Jalan ALLAH (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, Iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”. (Surah An-Nisaa’: 75)
Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan mengenai kedudukan dan kelebihan Jihad Fi Sabilillah.
Antaranya sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat seratus darjat yang ALLAH sediakan buat mereka yang mati syahid pada jalan ALLAH; antara setiap darjat seperti antara langit dan bumi”. (Riwayat Bukhari) #
Sambungan siri 2: Dua jenis jihad perang dan hukumnya

0 Komentar untuk " Hayati keindahan jihad "