Pemilihan Ustaz Kazim Sebagai Anggota MT Untuk Bantu Mengenai Islam - Tengku Adnan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pemilihan Ustaz Kazim Sebagai Anggota MT Untuk Bantu Mengenai Islam - Tengku Adnan


PUTRAJAYA: Pelantikan Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat supaya pendakwah terkenal itu dapat membantu Umno membetulkan kekurangan dalam parti mengenai Islam, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata walaupun terdapat banyak pakar berkaitan Islam dalam parti namun langkah ini penting memandangkan Umno sendiri adalah parti Islam terbesar di negara ini mengikut keanggotaan umat Islam paling ramai.
Pelantikan itu juga membuktikan Umno kini menuju transformasi apabila wakil agama, anak muda dan profesional dilantik sebagai anggota MT Umno, katanya dalam sidang media selepas program 'Back To School' di sini, Sabtu.
"Saya ada baca blog yang menuduh Uztaz Kazim hendak kedudukan dan wang, itu tidak betul, beliau dilantik untuk membantu memberi nasihat mengenai hal agama.
"Belum pernah ada dalam sejarah Umno, ada pelbagai wakil, ini menunjukkan tambahan ahli majlis adalah satu daripada transformasi Umno," kata Tengku Adnan yang mengumumkan pelantikan Ustaz Kazim antara sembilan orang sebagai Anggota MT Umno, Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata isu kenaikan cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlaku apabila terdapat salah faham mengenai maklumat yang ingin disampaikan oleh pegawai DBKL kepada penduduk setempat.
"Ini berlaku kerana terdapat jurang komunikasi, sebagai contoh notis kenaikan cukai pintu yang dikeluarkan hanya mencatatkan nilai hartanah baharu sahaja sedangkan warga kota juga perlu tahu nilai hartanah terkini bagi tujuan perbandingan," katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan bantuan persekolahan RM100 dan beg sekolah kepada 610 kanak-kanak dari sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. - BERNAMA
0 Komentar untuk " Pemilihan Ustaz Kazim Sebagai Anggota MT Untuk Bantu Mengenai Islam - Tengku Adnan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ