Asri: Beri Kazim, Asyraf peluang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Asri: Beri Kazim, Asyraf peluang

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap masyarakat tidak mudah membuat sebarang kesimpulan di atas dua tokoh agama iaitu Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dasuki sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
   
Beliau yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam, berkata, kedua-duanya adalah tokoh agama dan harus diberikan peluang di dalam parti politik tersebut.
   
"Tahniah di atas pelantikan ini, saya berharap mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara.
   
"Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.
   
Beliau turut berkata, jika ada keikhlasan, kedua-dua tokoh ini boleh membantu parti itu ke arah yang lebih baik.

http://www.sinarharian.com.my/asri-beri-kazim-asyraf-peluang-1.226192

Beri peluang Ustaz Kazim Elias bangunkan ummah


SHAH ALAM - “Berilah peluang dahulu kepada Ustaz Kazim Elias untuk memainkan peranannya membangunkan ummah ini,” luah Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berhubung pelantikan pendakwah terkenal , Mohammad Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Menurut Agus yang juga merupakan pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelantikan tersebut harus dilihat dari perspektif yang positif, kerana lantikan itu dapat memberi lonjakan kepada Umno sekali gus dapat menepis tohmahan bahawa Perdana Menteri menolak golongan agamawan dalam menerajui kepimpinan beliau.

“Saya setuju dengan pelantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Jika tidak dilantik, nanti ramai pula kata Perdana Menteri  menolak agamawan.

“…oleh itu bagi saya kita (masyarakat) perlu memberi peluang terlebih dahulu kepada Ustaz Kazim Elias untuk memainkan peranannya dalam membangunkan ummah ini,” katanya dipetik menerusi laman Facebooknya.

Dalam nada yang sama, Agus menolak tanggapan bahawa seorang ustaz itu perlu menjadi ahli atau penyokong Pas baru ustaz itu dianggap sebagai seorang ustaz yang baik.

“Jangan hanya menganggap seorang ustaz itu perlu menjadi ahli atau penyokong Pas baru ustaz itu baik.

“Saya tidak mendokong idea sebegini kerana dari dulu saya berhujah Pas itu hanyalah sebuah parti politik sahaja, bukannya lebih suci dari itu,” tegasnya.

Baru-baru ini Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu  yang dilantik sebagai ahli MT baru sepertimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lapan lagi MT yang dilantik ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin; Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Turut tersenarai, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

http://www.sinarharian.com.my/beri-peluang-ustaz-kazim-elias-bangunkan-ummah-1.226317
0 Komentar untuk " Asri: Beri Kazim, Asyraf peluang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ